"Terima Kasih Orang Baik" - Khairul Aming Tubuhkan Bilik Gerakan Khas Banjir Agih Bantuan
Alhamdulillah, terima kasih KA dan team!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh kesayangan ramai, Khairul Aming meraih pujian sekali lagi apabila dia memberikan bantuan buat mangsa banjir baru-baru ini
Menerusi video yang dimuat naik oleh KA, kelihatan dia dan pasukannya menggunakan sistem 'tangan ke tangan' agar proses bantuan berjalan dengan lebih lancar dan menjimatkan masa.
Dengan menggunakan cara tersebut, KA memberitahu mereka dapat jimat lima jam. Selain KA sendiri yang sangat bijak mengatur susunan kerja, sikap kerjasama daripada pasukannya juga dipuji ramai.
"Sebelum ni 6pm baru boleh deliver bantuan banjir. Sekarang 1pm dah boleh deliver menggunakan SOP baru. Kita berjaya deliver ke 17 tempat kritikal dan bantu 7,200 mangsa. Terima kasih semua orang baik," katanya.
Rakyat Malaysia turut berterima kasih kepada KA dan memuji inisiatifnya, sekali gus menunjukkan contoh baik sebagai pempengaruh
Bantuan buat mangsa banjir termasuklah makanan, pakaian dan keperluan harian. Mereka berjaya memberikan bantuan ke rumah, sekolah, madrasah dan beberapa pusat pemindahan banjir.
Perkongsian video tersebut ternyata meraih pujian rakyat Malaysia. Malah, ramai meminta agar KA turut menjaga kesihatannya.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!