"Bila Ayah Shopping Lama Sangat" - Telatah Si Kecil Jerit Dalam Kedai Ini Cuit Hati Ramai
Mesti mak dia suruh ni.
Selalunya, golongan wanita yang akan mengambil masa untuk shopping dalam tempoh masa lama betul tak?
Hal ini kerana, mereka cepat rambang mata dan pantang melihat promosi yang dijual di kedai kegemaran mereka.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila gelagat seorang budak perempuan menjerit untuk memanggil ayahnya balik telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah shopping telefon lama sangat, anak terpaksa jerit satu kedai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nikanayra21, kelihatan budak perempuan itu sedang masuk ke dalam kedai telefon.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia dilihat menuju ke arah ayahnya yang sedang leka memilih telefon dan menjerit "ayah!" sehingga satu kedai dengar.
Lebih melucukan lagi, ayahnya yang malu spontan meletakkan jari di mulut tanda menyuruh si kecil itu senyap.
"Kan dah kena marah dengan anak sebab tak reti-reti nak balik," kata isterinya.
Image via @nikanayra21 (TikTok)
"She knows her assignment. Pandai pulak dia cakap dah lepas marah ayah dia haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang telah mendapat 390.6K views, 46K likes dan 507 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel budak perempuan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Image via @nikanayra21 (TikTok)
Patutnya adik kena stay situ sampai ayah betul-betul keluar. Nanti takut kena sidai lagi sekali :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment