Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Boleh Bayar Di ATM Maybank” - Diskaun Saman PDRM 80% Kini Dilanjutkan Hingga 31 Disember

Mudahnya sekarang macam-macam cara boleh nak bayar saman.

Cover image via Bernama Harian Metro

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berita baik buat rakyat Malaysia yang mempunyai saman trafik tertunggak dan masih belum membayarnya sehingga kini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik kini akan dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu diberikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

"Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.

"Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai," katanya.

Image via Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (Facebook)

Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui kaedah manual atau secara online

Antara cara bayar saman yang boleh anda lakukan adalah:

- Di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta daerah seluruh negara

- Portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman

- Pejabat Pos Malaysia

- ATM Maybank

Tahukah anda bagaimanakah cara nak buat bayaran saman melalui ATM Maybank?

Jom kami kongsikan sebuah perkongsian oleh MasNiza Smize yang telah berjaya membuat bayaran melalui mesin ATM Maybank pada 12 Disember 2021.

Berikut adalah cara bayar saman PDRM 80% diskaun di mesin ATM Maybank:

1. Pergi ke mana-mana cawangan mesin ATM Maybank.

Tekan menu PAYBILL.

Image via MasNiza Smize (Facebook)

2. Pilih tab BAYARAN SAMAN.

Image via MasNiza Smize (Facebook)

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang tertera.

Image via MasNiza Smize (Facebook)

4. Semak butiran saman dan pilih saman yang hendak dibayar.

Image via MasNiza Smize (Facebook)

5. Tunggu notifikasi Transaksi Berjaya.

Image via MasNiza Smize (Facebook)

6. Simpan resit untuk rujukan dan rekod anda.

Image via MasNiza Smize (Facebook)

Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda masih mempunyai saman yang belum dijelaskan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment