Buat Muka Simpati & Suka Acah Miskin, Kepuraan Kucing Kaya Ini Sebiji Macam Drama Pukul 7!
Ingatkan drama seperti ini hanya berlaku dalam kalangan manusia sahaja, rupa-rupanya haiwan pun boleh berdrama!
Perasan bukan kebanyakan plot drama Melayu kita semuanya lebih kurang sama
Antara plot typical drama Melayu adalah pasangan yang kena kahwin paksa, pada awalnya saling membenci tapi diakhiri dengan kedua-duanya saling mencintai bagai nak rak, kemudian ada saja orang yang dengki ingin pisahkan mereka.
Tidak pun, akan ada orang kaya yang jatuh cinta dengan orang miskin. Akan tetapi, pasangan itu mendapat tentangan keluarga. Plot twist-nya pula adalah yang miskin itu sebenarnya kaya namun menyamar jadi miskin.
Namun begitu, ingatkan drama seperti ini hanya berlaku dalam kalangan manusia sahaja, rupa-rupanya haiwan pun boleh berdrama!
Begitulah yang berlaku pada seekor kucing ini yang kerap kali kelihatan seperti kucing liar yang comot tapi sebenarnya bertuankan orang kaya
Image via Twitter @thekittycoach
Menerusi gambar dari Azha Nafi yang dimuat naik semula di laman Twitter oleh @thekittycoach atau Fadhilat, dia telah berkongsikan beberapa gambar seekor kucing putih hitam yang comot persis kucing jalanan.
Namun menurut Fadhilat, kucing berkenaan sebenarnya bertuankan pemilik sebuah kedai haiwan peliharaan yang mana sudah tentu kehidupannya terjamin.
Image via Twitter @thekittycoach
Suka kelihatan miskin, mengorat kucing betina di jalanan, dan meminta simpati dengan membuat muka persis gelandangan, kucing hitam putih itu akan dimandikan sehingga bersih setiap kali ia pulang ke pangkuan tuannya.
Image via imgur.com
Lihatlah sendiri, siapa-siapa pun pasti akan tertipu mengingatkan ia adalah seekor kucing liar.
Image via Twitter @thekittycoach
Image via Twitter @thekittycoach
Image via Twitter @thekittycoach
Sekarang lihat pula kucing itu apabila sudah dibersihkan. Memang nampak macam kucing berada!
Image via Twitter @thekittycoach
Image via Twitter @thekittycoach
Ekoran daripada tularnya gambar itu, rata-rata warganet meluahkan reaksi mereka dengan keletah kucing tersebut
Ada yang berseloroh terhibur dengan perangai kucing itu, ada juga yang mengaku akan tertipu menganggapnya seekor kucing liar.
Antara komen menarik dari warganet:
Image via Twitter @thekittycoach
Image via Twitter @thekittycoach
Image via Twitter @thekittycoach
Kucing, kau memang drama!
Image via Giphy
Dah tengok video abang bomba kita buat CPR pada seekor anak kucing?
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment