Mitos ‘Minta Tolong Kucing Liar Carikan Kucing Kita Yang Hilang’ Berkesan. Ramai Dah Cuba!
Seriuslah?
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia
Bukan sahaja mereka lincah dan comel, namun sebenarnya kucing ini tidak begitu sukar untuk dijaga. Hanya perlu diajar agar tidak membuang air merata-rata, jaga makan minum dan meluangkan masa dengan mereka. Semua itu sudah mencukupi.
Namun begitu, antara mimpi ngeri yang paling ditakuti oleh semua pemilik kucing apabila haiwan peliharaan mereka hilang tanpa dikesan.
Kalau nasib baik, dapatlah ditemui kembali kucing kesayangan akan tetapi, ada juga kes di mana haiwan peliharaan itu terus tidak ditemui.
Susulan itu, muncul satu mitos mengatakan bahawa kucing liar boleh membantu mencari haiwan peliharaan anda yang hilang
Terdapat banyak versi mengenai mitos ini, ada yang mengatakan bahawa anda perlu memberi makan kucing liar dan memohon bantuan mereka supaya mencari haiwan peliharaan yang hilang.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa anda hanya perlu bercakap dengan kucing liar ini tanpa perlu memberi makan.
Ternyata ada yang sudah mencuba nasib berbuat demikian seperti wanita ini yang dikenali sebagai Lisa Ariffin, berkongsi di laman Twitter miliknya. Nampaknya cara itu berkesan!
Pada mulanya, dia berkongsi mengenai kehilangan kucingnya di laman Twitter sebelum ada netizen yang memberikan idea supaya berbuat demikian.
Dia kemudiannya mencuba perkara tersebut dan terkejut apabila kucing peliharaannya pulang semula ke rumah.
Bahasa:
"Hai kepada para sahabat yang mengambil berat, terima kasih kerana ulang kicau anda. Alhamdulillah, kucing saya pulang ke rumah dengan mata yang berdarah dan ditemani oleh dua ekor kucing liar yang saya dah 'cakap' semalam.
"Ia berkesan," tulisnya.
Selain itu, ramai yang menyokong mitos tersebut apabila kucing mereka yang hilang akan kembali selepas berbuat demikian
Bahasa:
"Korang, mak aku buat benda ni masa kucing aku, Fluffy hilang selama seminggu. Dia bagi makan beberapa ekor kucing liar dan masa kucing-kucing tu tengah makan, dia mengadu minta bawakan Fluffy balik rumah.
"Dia ulang buat benda ni selama 3 hari bila balik kerja. Kemudiannya, Fluffy balik," tulisnya.
Bahasa:
"Tweet ni dijamin! Bila Dexter (kucing liar yang kami jadikan haiwan peliharaan) tiada di rumah bila saya balik, saya minta tolong seekor kucing liar untuk bantu mencarinya.
"Dexter pulang ke rumah sehari selepas itu dan saya nampak kucing liar itu melepak di luar pagar. Dia nampak saya dan kemudiannya blah," tulisnya.
Bahasa:
"I memang bagi seekor kucing liar ni makan selama beberapa tahun dan dia adalah seekor kucing yang baik. Ada sekali itu, Oren tak balik jadi kami minta dia tolong carikan.
"Kemudiannya, kami lihat dia ni marah Oren suruh balik dan sehingga sekarang dia memang suruh Oren balik setiap kali keluar," tulisnya.