“Berehatlah” – Pemilik Ini Redha Bila Kucing Mati Selepas Tinggal 5 Hari Di ‘Pet Hotel’
Siapa yang patut dipersalahkan?
Cover image via Twitter @tyraruslySiapa yang ada kucing mesti akan hadapi masalah bila hendak ke mana-mana kerana risaukan kesejahteraan haiwan peliharaan mereka
Mujurlah sekarang sudah banyak hotel khas untuk kucing membuatkan para pemilik tidak perlu runsing memikirkan makan minum haiwan peliharaan mereka setiap kali hendak ke mana-mana.
Bukan sahaja semuanya terjaga malah kadang-kadang siap ada spa sekali tau untuk kucing-kucing ini. See their level lah!
Image via Giphy
Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila pemilik kucing ini, [Tyra Rusly] (https://twitter.com/tyrarusly/status/1205633057509629952) terpaksa redha apabila kucingnya mati setelah dihantar ke hotel kucing
Dia berkongsi kisah menyayat hati itu pada 13 Disember lalu menerusi laman Twitter miliknya. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya telah mendapat 11 ribu ulang kicau serta lebih 10 ribu tanda suka.
