seismik

Mati Selamatkan Tuan Dari Dipatuk Ular, Gadis Kongsi Kisah Kucingnya Ini Buat Ramai Sedih

Rasa kasih dan sayang itu sebenarnya wujud bukan pada manusia sahaja tetapi pada haiwan berkenaan.

Cover image via Twitter @zikrinaaaaaaa

Tidak dapat dinafikan, kucing merupakan haiwan peliharaan pilihan ramai orang

Image via IDN Times

Bahkan, memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai mampu memberikan banyak manfaat lebih-lebih lagi untuk kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Bukan itu sahaja, kucing juga adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya penggemar haiwan tersebut. Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Image via CNN Indonesia

Disebabkan itu tidak sukar bagi seseorang untuk menyayangi kucing. Malah, kasih sayang itu sebenarnya wujud bukan pada manusia sahaja tetapi pada haiwan berkenaan.

Seperti yang dilakukan seekor kucing ini apabila telah berkorban menyelamatkan tuannya daripada dipatuk ular

Menerusi laman Twitter, seorang gadis bernama Zikrina telah menceritakan bagaimana kucing peliharaan yang diberi nama Loki itu telah melindungi ibunya daripada seekor ular.

Ketika kejadian berlaku, Zikrina sendiri telah cuba untuk menyelamatkan kucingnya dengan memukul ular tersebut dengan kayu. Namun begitu semakin banyak gadis itu memukul ular tersebut, semakin kuat ia membelit Loki.

Ekoran takut apa-apa berlaku kepada anaknya, ayah Zikrina telah menarik dia keluar dari tempat kejadian kerana bimbang ular itu akan menyerangnya.

Lebih menyedihkan lagi apabila sehari sebelum kejadian itu berlaku, Loki berkelakuan terlebih manja dari biasa, seolah-olah ia tahu masanya bakal tiba.

Sebuah video telah dimuat naik Zikrina dalam laman Twitter miliknya.

Tindakan Loki mendapat pujian daripada warganet yang dianggap sebagai hero di atas keberaniannya. Ramai juga yang turut bersedih dan mengucapkan takziah pada Zikrina di atas pemergian kucing kesayangannya itu.

Antara komen dari warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: