seismik

Teruja Nak Lihat 'Oren' Pakai Songkok, Kucing Itu Hembus Nafas Terakhir, Tak Sempat Beraya

Sedihnya baca.

Cover image via Twitter @emyliaysf

Siapa tidak sayang haiwan peliharaan? Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Salah satu haiwan yang kerap dipelihara adalah kucing. Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan disukai ramai kerana sifatnya yang jinak dan suka dibelai serta manja dengan manusia. Bukan itu sahaja, menjaga kucing juga tidaklah sukar kerana cara penjagaannya sangat mudah.

Image via CNN Indonesia

Walau bagaimanapun, seperti manusia, kucing juga akan menunjukkan tanda-tanda yang ianya tidak akan hidup lama. Seekor kucing yang akan meninggal biasanya akan menunjukkan beberapa perilaku di antaranya adalah hilangnya nafsu makan dan minum, hilang tenaga dan turunnya berat badan secara drastik.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Emy yang berasa teruja melihat songkok kucing di sebuah festival beli-belah terus membelinya untuk dipakaikan kepada Oren menjelang Aidilfitri.

Siapa sangka, kucing itu sebenarnya sudah dalam keadaan nazak.

Perkongsian yang dibuat dalam bentuk rangkaian Twitter itu menceritakan tentang saat-saat terakhir Oren bersama Emy sekeluarga. Oren yang pada mulanya hilang seharian akhirnya kembali ke rumah dalam keadaan yang lemah lagi tidak bermaya. 

Emy sebolehnya mahu cuba memulihkan Oren, yang disangkanya terminum racun, namun apakah daya, ajal kucing itu telah mendahului.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Sedihnya sampai jadi teringat-ingat saat-saat bersama kucing kesayangannya sebelum ini

Adik Oren pun turut berduka dengan kematian Oren

Ekoran insiden ini, ramai pencinta kucing yang lain turut sedih dan mula berkongsikan kisah masing-masing

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pencinta kucing sahaja yang benar-benar faham perasaan kehilangan kucing kesayangan

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: