seismik

Video Abang Bomba Kita Buat CPR Pada Anak Kucing Ini Viral Sampai Media Amerika Pun Share!

Dalam video itu dapat dilihat bagaimana seorang abang bomba melakukan bantuan pernafasan kepada seekor anak kucing sehingga denyutan nadinya kembali stabil.

Cover image via Facebook Friends of Bomba Malaysia & Instagram @thedodo

Sebuah video memaparkan seekor anak kucing yang hampir mati tapi diselamatkan anggota bomba telah tular di laman Twitter

Video berdurasi 3 minit itu telah dimuat naik oleh akaun The Dodo, iaitu sebuah laman media dari Amerika Syarikat yang menceritakan tentang kisah haiwan, khas untuk pencinta haiwan.

Dalam video itu dapat dilihat bagaimana seorang abang bomba cuba sedaya upaya melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada seekor anak kucing yang terlibat dalam kebakaran, sehingga denyutan nadinya kembali stabil dan ia pun mula mengiau.

Bukan itu sahaja, abang-abang bomba ini turut meletakkan ubat pada muka kucing itu yang kelukaan. Difahamkan, anak kucing itu telah dikembalikan kepada pemiliknya setelah yakin ia benar-benar sudah sihat.

Menariknya, lokasi kejadian anak kucing itu adalah di tanah air bermakna anggota bomba yang terlibat adalah dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia!

Sebelum ini, pada 16 Januari lalu, The Dodo pernah memuat naik rakaman video yang sama di laman Instagram rasminya dengan caption, "Lihat anak kucing ini mendapat rawatan CPR dari ahli Pasukan Bomba Malaysia selepas menyelamatkannya dari rumah terbakar."

Buat yang tidak tahu, sebenarnya kejadian ini telah berlaku pada 15 Ogos tahun lalu di Sungai Petani, Kedah

Berdasarkan laporan dari Sinar Harian, kejadian kebakaran itu berlaku di sebuah rumah dekat Taman Sutera Idaman di mana anggota yang terlibat ialah dari Pasukan A BBP Sungai Petani.

Menurut Ketua Balai Bomba Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Nut Jamudin, anak kucing berkenaan terperangkap dalam bumbung rumah di mana selepas dikeluarkan, anggota mendapati keadaannya lemah.

"Selepas diberi bantuan pernafasan CPR, anak kucing berkenaan mula mengeluarkan suara dan anggota terus melakukan CPR bagi memastikan keadaannya benar-benar stabil," ujarnya.

Tambahnya lagi, kejadian itu merupakan kejayaan besar kerana mampu menyelamatkan satu nyawa biarpun seekor kucing selain mengharapkan setiap anggota sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam melaksanakan misi menyelamat.

Ini kerana tugas anggota bomba tidak tertakluk kepada operasi memadam kebakaran semata-mata namun sentiasa bersedia memberi perkhidmatan merangkumi skop menyelamat yang lebih meluas.

Syabas abang bomba!

Siapa lagi nak abang bomba tolong selamatkan?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel abang bomba tangkap 'biawak besar' ni boleh tahan lawak!

Lagi artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: