seismik

Ada Orang 'Call' Bomba Suruh Tangkap Biawak Besar Dalam Rumah, Bila Sampai Rupanya...

Tepuk dahi.

Cover image via Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Aduhai, kes macam ini pun ada

Khidmat Bomba bukan sahaja dipakai untuk memadam kebakaran. Tugas mereka turut melangkaui lebih daripada itu seperti menyelamatkan mangsa kemalangan, menyelamatkan haiwan, dan macam-macam lagi.

Boleh kata, anggota Bomba sememangnya serba lengkap dengan pelbagai kemahiran dan kepakaran.

Lembu tersangkut dalam perigi pun Bomba yang selamatkan.

Image via Jabatan Bomba & Penyelamat / Facebook

Bomba sentiasa bersedia untuk memberi khidmat mereka, tidak kira sekecil mana pun sebuah kes itu.

Tetapi untuk kes ini, rasa macam melampau pun ada.

Semalam, Balai Bomba & Penyelamat Damansara menerima satu panggilan dari seorang penduduk di salah sebuah kondominium di Jalan Tropicana Utara.

Pemanggil itu memaklumkan bahawa terdapat seekor biawak besar berkeliaran di dalam sebuah bilik rumah jirannya.

Setelah menerima panggilan, anggota bertugas bergegas ke tempat kejadian

Anggota tersebut kemudian naik ke rumah pemanggil di tingkat 2 dan berjaya menemui 'biawak besar' berkenaan.

Rupa-rupanya, 'biawak besar' yang didakwa pemanggil itu sebenarnya hanyalah seekor cicak sebesar ibu jari. Gambar di atas jelas menunjukkan anggota Bomba tersebut hanya mampu tersenyum selepas membuat penangkapan.

Selepas itu, anggota dan jentera pulang ke balai. The end.

Kelakar betul bila baca kenyataan rasmi ni

Baca komen-komen netizen lagilah kelakar:

1. Ini semua kesan daripada kematian Steve Irwin

Image via imgur.com

2. Memang dia senyum tapi kalau boleh tumbuk, dia tumbuk dah

Image via imgur.com

3. Nasib baik dia cakap biawak bukan buaya

Image via imgur.com

4. Lebih baik panggil kucing

Image via imgur.com

5. Cukuplah cincin tersangkut kat anu

Image via imgur.com

Haihh... macam-macamlah!

Image via makeagif.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini lagi sorang!

Ini baru betul!

You may be interested in: