"Bukan Main Mengekek" - Gelagat Baby Layan Si Ayah Borak Ini Buat Warganet Terhibur
Pandai betul borak, siap sakat ayah lagi.
Kebiasaannya, anak lelaki akan rapat dengan ibu sejak mereka lahir dan menjadi kawan baik ayah apabila mereka semakin besar
Tambahan pula jika si ayah rajin mengajak anak borak, memang seronok melayan kerenah mereka yang sudah mula banyak akal.
Sama seperti sebuah video ini apabila gelagat bayi lelaki sakan borak bersama ayahnya semasa membuat tummy time telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah saja kacau ajak borak, sekali pandai pula anak melayan
Menerusi perkongsian video daripada @zamzamh96, kelihatan lelaki itu sedang meniarap di sebelah anaknya dan sengaja mengusik si kecil itu.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila anaknya spontan memberikan reaksi seolah-olah dia faham apa yang dikatakan oleh ayahnya itu.
Malah, dia siap menyakat ayahnya dan turut ketawa bersama seperti terhibur dengan perbualan mereka.
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
"Selalunya ayah memang kena banyak komunikasi dengan anak. Barulah anak bijak nanti" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 2M tontonan, 337.5K tanda suka serta 6.3K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Image via @zamzamh96 (TikTok)
Macam lah faham sangat apa ayah dia cakap tu, geram tau! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment