4 Jam Berdiri Untuk Tangkap Gambar Walau Majlis 3 Jam. Bukan Mudah Jadi Seorang Vivy Yusof
Mungkin ada yang faham, ada yang tidak. Terpulanglah kepada setiap individu.
Nama Vivy Yusof baru-baru ini telah panas dibicarakan ketika satu posting di laman Facebook membongkar tentang mini statement tahunan untuk syarikat e-commerce, Fashion Valet yang dimiliki oleh Vivy sendiri
Image via Google
Dalam posting tersebut, pelbagai andaian telah dibuat mengenai syarikat e-commerce ini. Namun begitu, ada juga individu yang lain turut tampil untuk menjelaskan perkara sebenar dan turut menulis bahawa dia bukanlah seorang peminat tegar kepada Vivy Yusof. Malah, dia hanya berasa patut menerangkan apa yang betul dan apa yang tidak kepada masyarakat yang mungkin masih keliru.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Ada pula satu lagi posting seorang wanita iaitu Nur Syahirah Yaakub turut mendapat perhatian ramai kerana dia merupakan salah seorang yang terpilih untuk menghadiri majlis rumah terbuka dUCk. Ini apa yang dilihat olehnya:
Image via Nur Syahirah Yaakub / Facebook
Syahirah juga turut menjelaskan bahawa ianya bukanlah perkara yang mudah untuk menjadi seorang Vivy Yusof. Banyak perkara yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh wanita-wanita di luar sana, malah mampu dilakukan oleh Vivy Yusof walaupun terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga tersayang.
Mungkin ada individu yang mengerti, ada juga yang tidak. Ianya terpulang kepada setiap individu di luar sana untuk menilainya.
Image via Keluarga
Biasanya kalau ke open house, fokusnya akan lebih kepada makanan. Tapi kali ini lebih kepada tuan rumah dan tetamu VVIP. Ini apa yang dilihat oleh Syahirah:
• Seorang Vivy Yusof yang berdiri 4 jam hanya untuk sesi bergambar walaupun majlis sepatutnya 3 jam sahaja (12.00 tengah hari - 3.00 petang). Vivy keluar sekejap dalam 15 minit, tu pun untuk hantar Dato’ Siti Nurhaliza yang dah nak balik, lepas tu dia masuk balik terus sambung ambil gambar. Majlis rumah terbuka dia, tapi rasanya secubit ketupat pun dia tak sempat rasa. Betapa komitednya dia dengan brand yang dia bina dan dengan tetamu yang ada.
• Seorang Mariam (anak Vivy) yang main seorang dia je ditemani pembantu dekat sebelah sambil Vivy di depan masih bergambar.
• Seorang Dato’ K yang masuk berdua dengan Dato’ Siti Nurhaliza ke dalam dewan tapi dalam masa 60 saat, terus bersendirian sebab isteri dia dah selamat kena serbu dengan peminat. Aku tengok macam kesian ada, comel pun ada, tapi rasanya dia dah biasa kot. Dah namanya suami Siti Nurhaliza, kalau suami Siti Sifir, mungkin lain cerita.
Sebab tu bila aku baca orang kata:
“Handbag dia tu je sebulan gaji aku. Amboi kasut dia tu, tak ada yang ratus-ratus. Ribu-ribu semua. Baik pakai yang biasa, sama jugak. Duit lebih baik sedekah.”
Kalau komen macam ni wujud dekat post Aliff Syukri tu, cerita dia lain, because he asked for it and for his marketing purpose. But still duit keringat dia kot. Tapi bila wujud komen macam ni dekat tempat yang aku rasa tak sepatutnya, aku pandang je komen tu besar kecik atas bawah. Mana kita tahu dia tak sedekah? Entah-entah dia sedekah lebih banyak daripada harga handbag kasut dia tu.
Kita selalu tengok the best side seseorang tu. Yang behind the scene macam mana individu tersebut bangunkan semua tu, masa dengan keluarga yang dia terpaksa korbankan, kesayangan ada dekat sebelah pun terpaksa diabaikan, kita tak tengok pulak.
"Tak semua orang mampu berdiri straight 4 jam untuk ambil gambar. Sebab itu dia Vivy Yusof. Kalau orang lain, dari nak jadi Vivy Yusof, terus jadi John Wick!"
Tak semua budak boleh main sorang-sorang dan sangat behave macam Mariam. Berapa ramai budak yang mak hilang sekejap dah tantrum dan meragam? It takes a lot of effort and courage for the kids to understand why mommy can’t be there to play with you eventhough mommy is just few steps away. Things like this memang meruntun jiwa mak-mak macam aku. And i believe her parents raised her well sebab tu dia pandai bawa diri dalam majlis..
Dan tak semua suami jugak bagi aku mampu jadi seorang yang sangat memahami macam Dato’ K. Kau kalau bini busy sikit je dah nak emo, nak merajuk, nak hantar confession kat KRT — isteri saya sejak dah mula popular, dia semakin mengabaikan saya, asyik selfie, tak masak, tak itu, tak ini. Sebab tu dia yang jadi suami Siti Nurhaliza, bukan abang misai lain dekat KRT sana tu.
Sebab tu aku rasa, ada sebab kenapa kita berada di tempat kita sekarang. Kenapa bukan kita yang kaya? Kenapa bukan kita yang jual apa pun mesti laku dan berjaya? Kenapa gaji kita besar ni, kenapa kita tak glamour macam dia? Kenapa suara kita tak sedap macam Siti Nurhaliza?
Sebab itulah jangan pernah mempersoalkan tentang rezeki yang Allah berikan kepada individu seperti Vivy Yusof dan Siti Nurhaliza. Ada sebabnya...
Image via Kitablirik.blogspot
Sebab lagi besar rezeki Tuhan bagi, lagi besar cabaran dia sebenarnya. Dan kita masih di tempat kita sebab keupayaan kita mungkin setakat itu sahaja. Tak bermaksud kita tak boleh ubah hidup kita pergi level seterusnya, boleh aih. Teruskanlah usaha. Tapi setiap next level yang kita panjat, bersedialah dengan cabaran besar yang menunggu.
Jadi, bersenang hati dan berlapang dada lah tengok kelebihan yang mereka ada. Handbag dia, kasut dia, dan biarlah kalau ada laki sesiapa pun nak beli stroller kat isteri dia sampai RM 3,000 — jangan mengata. Tu kan laki dia, duit laki dia, penat lelah laki dia. Bukan dia kacau rumah tangga dan mintak duit laki kita pun. Kita tumpang gembira sudahlah.. Macam kawan aku cakap — “We dont know how hard for some people to find time just to be together.” Biarlah dia nak happy dengan cara dia. Entah-entah kalau kita berada dekat tempat dia pun, kita pun akan buat benda sama. Kalau kita tak ada benda baik untuk ucap, lebih baik kita diam sahaja.
Sebab tu penting kita kena jaga mata kita, jaga lisan kita, jaga hati kita. Jangan benci, jangan dengki. Ni kawan baru berjaya sikit, kita rasa dia riak, kita takmau komen dah post dia, kita unfriend, kita block, kita benci, kita rasa dia sakitkan hati kita. Serba serbi tak kena dengan kawan kita tu. Padahal kawan kita tu elok je buat hal dia, sikit habuk pun dia tak kacau kita.
Jaga mata, jaga lisan, jaga hati. Ini yang membezakan kenapa Tuhan pilih dia untuk jadi kaya dan berjaya, kenapa Tuhan tak pilih kita. I am blessed to be there yesterday. Semoga apa yang aku nampak dan lihat di depan mata aku, bagi manfaat dan pengajaran kepada diri aku sendiri.
Suarakan pendapat anda di ruangan komen di bawah:
Baca juga perkongsian lain mengenai ikon terkenal, Vivy Yusof ini:
Leave a comment