“Bukan Senang Jadi Janda” - Berebut Anak, Video Wanita Ini Buat Ramai Sedih & Geram
Sedihnya tengok.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan mudah untuk mengharungi hidup sebagai seorang janda, pelbagai cemuhan terpaksa dihadap walaupun kesalahan di kedua-dua belah pihak
Masalah hak penjagaan anak sering menjadi punca pergaduhan yang besar antara bekas suami dan isteri.
Tambahan lagi jika bekas pasangan jenis susah untuk memberikan kerjasama dan hanya mementingkan diri sendiri, yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak berdosa.
Sama seperti sebuah video tular ini apabila seorang wanita menangis berebut anaknya dengan bekas suami di dalam kereta mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Susah nak jumpa anak kandung sendiri sebab suami tak nak bagi kerjasama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @chetah_95, kelihatan dia membawa anaknya masuk ke dalam kereta sambil menangis dan bekas suaminya seolah-olah melarang si anak untuk mengikut ibunya.
"Siapa cakap aku janda aku bahagia. Nak jumpa anak-anak susah bekas suami tak bagi kerjasama. Anak-anak sampai tak kenal aku mama depa, hampa ingat aku janda bahagia ka?" katanya menerusi kapsyen video itu.
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Ternyata, video berkenaan mengundang marah netizen terhadap bekas suaminya sehingga meraih 2.5M views, 216.3K likes dan 4.8K shares di TikTok
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa simpati ke atas wanita itu yang terpaksa berebut anak sendiri dengan bekas suami yang tidak mempunyai hati dan perasaan.
Malah, ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat wanita itu supaya dia kuat menghadapi dugaan hidup.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Image via @chetah_95 (TikTok)
Allahuakbar, tak bolehlah tengok video sedih macam ni. Kesian anak-anak dia :'(
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment