Bunga Ros 12 Kuntum RM20 Sahaja & 'Fresh Flowers' Lain Di Kedai Bunga Pasar Seni Ini. Wah!
Ingat bunga mahal sangat ke? Kena pandai cari kedai yang murah je. :)
Pernah tak rasa macam down, sedih, tak bersemangat dalam kehidupan seharian? :(
Image via Tumblr
Masa tu mesti rasa macam tak tahu nak buat apa, buntu, fikiran pun kusut dan sebagainya. Anda pernah terfikir tak untuk menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang murah, istimewa dan bermakna. Mungkin dengan berbuat demikian, secara tidak langsung kita dapat menggembirakan diri sendiri tanpa berbelanja besar dan mengharapkan orang lain.
Setuju tak?
Tapi macam mana nak cari benda yang bermakna dan istimewa untuk diri sendiri tu? Ha, sebenarnya banyak kedai-kedai bunga segar di Petaling Street yang murah tau.
Seorang pengguna Twitter @marouapplehijau telah berkongsi antara kedai bunga segar murah di Petaling Street. Rupa-rupanya memang ramai juga yang pernah membeli bunga di kedai itu. Cantik dan segar sangat!
Pilihan pula memang banyak. Balik rumah, boleh gubah sendiri untuk mengasah skil gubahan bunga.
Overall kalau nak cari bunga ros, daisy, orkid, kekwa memang kedai ni banyak jual borong. Harga murah compare kedai bunga lain area pasar seni.
Beli yg dah siap gubah tu mahai weh, RM35-RM50.
Btw kedai Lee Wah Florist ni buka jam 8.30 pagi tapi 8 pagi dah ramai beratur. Tadi aku datang hari Ahad, luckily stok masih banyak. Elok korang datang pagi sebab bunga masih fresh, banyak color & stok banyak.
Ada juga kedai lain iaitu kedai bunga Weng Hoa Flower!
Kalau tak percaya, anda boleh tengok sendiri pelanggan yang pernah singgah di kedai bunga segar itu. Masing-masing puas hati!
Siap ada peminat kumpulan LANY beli bunga di situ untuk diberikan kepada mereka. Comelnya!
Amacam? Senang je nak bahagiakan diri sendiri bukan? Beli bunga, gubah sendiri lepas itu boleh letak di rumah atau bilik. Memang puas hati. :)
Image via GIFER.com
Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment