“Tak Sweet, Tak Rajin Buat Surprise” – Perkahwinan Perlu Kematangan, Bukan Asyik Merajuk
Deep.
Cover image via Happy Birthday WorldSebelum berkahwin, memang semuanya nampak indah belaka. Bila tengok media sosial pula, kawan-kawan yang dah berkahwin semuanya bahagia je.
Jealous!
Namun sebaliknya, banyak perkara yang tidak terlihat di media sosial dan sebenarnya berlaku dalam rumahtangga setiap pasangan.
Perkahwinan bukanlah sekadar memberikan hadiah dan melakukan kejutan buat pasangan setiap bulan atau tahun untuk meraikan sesuatu.
Ianya lebih kepada kematangan. Jika anda seorang yang matang, anda tidak akan mudah merajuk dan tersentuh dengan benda yang remeh-temeh. Betul?
Kalau tak ada kejutan, bukan tandanya tak sayang ya. Jangan sensitif sangat.
Seorang pengguna Twitter iaitu Hadi Nor telah berkongsi nasihat paling win tentang kematangan dalam perkahwinan. Memang sesuai untuk yang masih belum berkahwin.
Deep!
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 7 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:
Pasal lipat baju pun boleh bergaduh…
Effort bukanlah sekadar melakukan kejutan atau menghadiahkan barangan mahal untuk memastikan pasangan anda bahagia.
Banyak lagi perkara lain boleh dibuat, contohnya…
