seismik

“Saya Baru Kahwin 8 Bulan, Tapi Rasa Nak Cerai Lah. Saya Tak Tahan Dengan Perangai Isteri”

Jangan jadi 'queen control' sangat ya.

Cover image via SAYS

Apabila seseorang lelaki telah bersedia untuk membina masjid, pastinya termasuk sekali dengan komitmen yang bakal diterima. Semua perkara yang dilakukan tidak lagi untuk diri sendiri, malah untuk keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Gambar sekadar hiasan

Image via hafizudinhamdan

Perkahwinan adalah satu ikrar kesetiaan dan komitmen untuk kedua-dua pasangan lelaki dan wanita. Apa juga rintangan, tanggungjawab, baik-buruk harus ditanggung bersama.

Apa pula akan terjadi jika berlaku perselisihan faham antara pasangan dan menyebabkan keretakan rumah tangga?

Gambar sekadar hiasan

Image via Blog Singapore

Pelbagai jenis perkara dan faktor yang boleh menyebabkan suami isteri bertengkar dan hubungan menjadi kian renggang. Antaranya suami tidak membantu isteri, selalu mengungkit, terlalu berkira dalam melakukan kerja rumah, perkahwinan jarak jauh dan sebagainya.

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga telah memasang niat untuk bercerai gara-gara isteri tak bagi lepak malam.

Baca perkongsian lelaki ini di bawah, semoga dapat menjadi ikhtibar untuk kita semua.

"Saya baru kahwin 8 bulan akak, tapi saya rasa nak bercerai la.."

Perkongsian lelaki ini telah mendapat perhatian ramai di laman Twitter. Menurutnya, beliau baru sahaja berkahwin tak sampai setahun, hanya 8 bulan. Namun terasa nak bercerai dengan isterinya yang berumur 23 tahun.

Tak tahan dengan perangai isteri terlalu mengongkong sampai tak boleh keluar lepak bersama rakan-rakan di waktu malam

Ada sesetengah suami yang tidak suka lepak di waktu malam kerana lebih suka untuk menghabiskan masa di rumah. Tapi ada juga segelintir yang mungkin ingin berjumpa dengan rakan-rakan sambil lepak minum di kedai mamak untuk bersembang dan sebagainya.

Menurut lelaki ini, antara sebab beliau tidak tahan dengan perangai isterinya apabila tidak dibenarkan untuk keluar lepak di waktu malam. Sehinggakan muncul di tempat lepak berkenaan.

Nasihat wanita ini membuatkan lelaki ini terus berfikiran positif dan akan mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan ini

Menurut wanita itu, ada 3 tips yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki jika mereka ingin keluar lepak di waktu malam. 

Pertama, siapkan makanan untuk si isteri sebelum keluar rumah dan luang masa untuk berbual dengan isteri. Kalau dah ada anak, pastika anak-anak dah settle. Jangan sampai isteri siapkan anak seorang diri.

Kedua, tunaikan hak dengan Tuhan. Pergi beribadah di masjid walaupun hanya seminggu sekali. Bawa isteri pergi ceramah, ajar anak untuk mengaji dan sebagainya.

"Lepas balik lepak, pastikan bangun subuh dan sudah belikan makanan untuk sarapan pagi"

Wanita ini telah berkongsi 'rahsia besar' kepada lelaki ini untuk menyelamatkan rumah tangga yang menunggu masa untuk hancur.

Kata wanita ini lagi, "Syaitan memang suka tengok suami isteri bercerai. Selagi boleh bertahan, cuba dulu."

Akhir sekali, jika ada kawan yang suka menyindir tentang kebaikan yang dilakukan untuk ahli keluarga, sentiasa berhati-hati dengan orang sebegini. Ini namanya kawan-kawan yang membawa ke neraka.

Pelbagai perkara yang boleh menimbulkan perasaan ragu-ragu di antara suami isteri. Sikap seperti ini selalunya akan membuatkan hubungan antara suami dan isteri menjadi renggang dan akhirnya hancur begitu sahaja.

Namun, anda boleh memikirkan perkara yang terbaik untuk mengelakkan syak wasangka daripada berlarutan dan untuk para isteri di luar sana perlulah memberi sedikit kebebasan untuk suami.

Cuba untuk mempertahankan rumah tangga anda selagi boleh. Jangan hancurkan masjid yang telah dibina gara-gara syak wasangka yang sememangnya boleh diselesaikan.

Gambar sekadar hiasan

Image via learn.asialawnetwork.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lelaki ini telah memasak 10 jenis nasi di hari perkahwinannya. SALUTE!

Antara perkongsian lain di SEISMIK:

You may be interested in: