"Bunyi Apek Kaya" - Gelagat Rider Grab Melayu Cuba Cakap Cina Ini Buat Ramai Terhibur
Member dekat sebelah yang Cina pun tak faham apa dia cakap. Lawaklah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa sudah pastinya merupakan bonus buat kita
Tambahan pula jika masuk ke alam pekerjaan di mana kita akan berjumpa dengan pelbagai bangsa lain, ia tentu dapat memudahkan kita untuk berborak dengan mereka betul tak?
Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila seorang pemandu Grab Melayu cuba untuk bercakap Cina telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Konfiden cakap Mandarin, member Cina dekat sebelah pun tak faham
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pakwerangers405, kelihatan dia melepak di salah sebuah bengkel bersama seorang kawannya yang berbangsa Cina.
Sementara menunggu motosikalnya dicuci, rider Grab berkenaan cuba untuk bertutur dalam bahasa Mandarin dengan kawan di sebelahnya itu.
Tetapi, apa yang melucukan adalah lelaki Cina itu pun tidak faham apa yang cuba disampaikan olehnya. Dia hanya mampu gelak dan redha saja dengan kawannya itu.
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
"Aku geram gelak dia, bunyi apek kaya. Hahaha ni standard maharaja yang dulu-dulu punya bercakap. Janji ada bunyi Cina" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 778.9K views, 73.1K likes dan 2.6K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan berdekah melihat gelagat rider Grab itu yang konfiden bertutur bahasa Mandarin walaupun hakikatnya 'ke laut'.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Image via @pakwerangers405 (TikTok)
Adoi, tengok banyak kali pun tetap terhibur. Kau memang kelakar bang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment