seismik

Tular Video Jemaah Masjid Berlari Usung Keranda Jenazah, Komen Netizen Pula Raih Tumpuan

Berdosa tak kalau tergelak sikit? Hmm.

Cover image via @sofiemuapasuruan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam Islam, seeloknya apabila seseorang itu meninggal dunia, kita harus tidak melengahkan urusan pengebumian jenazah

Namun, sebuah video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan sekumpulan jemaah masjid berlari mengusung keranda jenazah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sofiemuapasuruan

semoga Khusnul khotimah ya mas ..berlari kencang menuju surga Allah

Kamu & Kenangan - Maudy Ayunda - Aminda Chinika

Jemaah berlari usung jenazah, tapi adik berbaju pink pula buat ramai tergelak

Menerusi perkongsian video daripada @sofiemuapasuruan, kelihatan sekumpulan jemaah masjid membawa jenazah yang baru saja meninggal dunia.

Tetapi, cara mereka mengusung jenazah di dalam keranda itu telah mencetuskan tanda tanya ramai kerana mereka dilihat berlari dengan laju seperti tergesa-gesa mengejar masa.

Lebih mencuri tumpuan, kelihatan seorang budak lelaki berbaju merah jambu pada akhir video turut berlari laju kerana ketinggalan di belakang. Perkara itu telah membuatkan netizen tergelak.

"Kalau ye pun nak cepat jangan laju sangat, takut yang dalam bangun je. Ni bukan lumba lari dik, abang cuba tahan tapi tak mampu bila kau muncul" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah hampi 12M views, 1.3M likes dan 8.8K shares di TikTok, rata-rata netizen tidak mampu untuk menahan gelak gara-gara melihat adik baju pink itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dalam banyak-banyak komen, yang last sekali tu paling bagus sebab dia fikir positif. Tapi itulah, adik baju pink tetap kelakar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: