Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cair Dengan Ayat 'Power', Kanak-Kanak Terus Setuju Buat Hubungan Seks Lepas Sejam Kenal

Kanak-kanak antara golongan yang begitu mudah menyukai dan terpengaruh dengan media sosial.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan dalam tempoh sejam berkenalan, kanak-kanak begitu cepat terpengaruh dan terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali menerusi dalam talian

Menurut laporan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam tempoh sejam itu juga mangsa begitu mudah berkongsi lokasi tempat tinggal mereka dengan pemangsa yang mendorong kepada berlakunya jenayah seksual.

"Sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial... bagaimana 'sexual grooming' itu cepat berlaku.

"(Mangsa) tertarik dengan ayat 'power' (pemangsa) yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya.

"Biasanya membina kepercayaan itu cepat, dengan memberikan janji manis dan keseronokan sehingga jenayah seksual itu mudah berlaku.

"Alat telekomunikasi dan Internet memudahkan perkara itu berlaku, berkenalan, 'chatting', datang rumah (perkhidmatan e-hailing) memudahkan pergerakan untuk mereka berjumpa," katanya.

Siti Kamsiah Hassan.

Image via Harian Metro

Kanak-kanak antara golongan yang mudah terpengaruh

Program bertahun Kesejahteraan Komuniti Tanggungjawab Bersama itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau juga menjelaskan kanak-kanak antara golongan yang begitu mudah menyukai dan terpengaruh dengan media sosial dan mencari isi kandungan di dunia maya itu.

"Apabila mereka memberikan tanda suka (like), ini boleh menarik perhatian orang ramai. Ada juga stigma kanak-kanak boleh pikat seseorang itu, dia menjadi satu kebanggaan... saya tengok kawalan kendiri itu yang kurang.

Tambahnya, dalam usaha menangani kes ini, ibu bapa bukan sahaja mendidik sebaliknya mereka perlu mengawal tingkah laku anak-anak terutamanya dalam penggunaan gajet serta memantau bagaimana anak-anak melayari internet.

"Tidak boleh lari pembelajaran di rumah, selain mendidik, kawalan dan tahu persekitaran risiko anak-anaknya... tidak boleh lagi bergantung kalau ada pergerakan fizikal (di luar) jenayah itu berlaku... jenayah itu bermula di rumah," katanya.

Pada masa sama beliau mengesahkan Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes jenayah seksual berbanding negeri lain sejak tiga tahun kebelakangan ini yang mana 90 peratus membabitkan warga tempatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment