Cara Memohon Pembayaran 'One-Off' Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan M40 & B40
Pembayaran BPN akan dibuat dalam (2) dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.
Pada Jumaat, 27 Mac yang lalu, kerajaan telah mengumumkan berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau PRIHATIN iaitu bantuan one-off kepada beberapa penerima yang layak
Hari ini, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan beberapa informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini seperti siapakah yang layak, cara memohon dan sebagainya.
Image via Astro Awani
Pembayaran BPN akan dibuat dalam (2) dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Image via MOF
Bagi mereka yang BELUM berdaftar, PERMOHONAN BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM dengan cara klip pada pautan DI SINI. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara online sahaja.
Kaedah pembayaran:
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
- Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
- Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
- Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
- Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
- Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Tempoh membuat semakan:
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
- Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
- Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my/ atau terus ke https://bpn.hasil.gov.my/
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Disertakan juga lampiran Soalan Lazim atau FAQ dari LHDNM berkenaan Bantuan Prihatin Nasional:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!
Baca di sini cara untuk mendapatkan No. Pin LHDN secara online, buat yang masih tiada:
Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:
Leave a comment