Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cash & Laptop Masih Ada, Pemuda Pulangkan Barang Hilang Kepada Owner Ini Raih Pujian Ramai

Alhamdulillah.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, semua akan rasa cuak kalau kehilangan barang berharga

Tambahan lagi, kalau ada barang yang penting seperti dokumen atau cek. Memang kita akan gelabah dan rasa nak menangis. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kehilangan barang berharga di troli pusat beli-belah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nasib baik ada yang jujur pulangkan beg kepada owner

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita dan keluarganya sedang gelabah kerana kehilangan barang berharga iaitu begnya yang tertinggal dalam troli. 

Beg yang berharga itu mengandungi dokumen penting, wang tunai, buku cek dan laptop kerja. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila seorang pemuda dilihat datang ke arahnya dan mengembalikan beg kepada wanita itu. 

Wanita itu dilihat sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pemuda berkenaan kerana bersifat jujur dan tidak mengambil apa-apa pun daripada beg tersebut.

Image via @diarrajaneofficial (TikTok)

"Tahniah bro telah jadi penyelamat beg akak tu, terima kasih orang baik-baik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 180K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji pemuda itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @diarrajaneofficial (TikTok)

Image via @diarrajaneofficial (TikTok)

Image via @diarrajaneofficial (TikTok)

Image via @diarrajaneofficial (TikTok)

Alhamdulillah, semoga Allah balas jasa baik abang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment