seismik

[VIDEO] Main Sorok-Sorok Dengan Haiwan, Tak Sangka Kambing Ini Confuse Tak Jumpa Tuan

Comel je.

Cover image via @nengsogo (TikTok)

Sesiapa yang suka haiwan sudah pasti akan memelihara dan menjaganya sebaik mungkin

Ada yang suka memelihara kucing di rumah, ada juga yang suka memelihara kambing dan banyak lagi haiwan lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis bermain dengan kambing di padang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Main sorok-sorok dengan kambing, sekali kena prank

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang bermain dengan kambing peliharaannya di padang. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kambingnya itu dilihat mengejar tuannya dengan laju.

Namun, sebaik saja gadis itu dilihat bersembunyi dan membaluti diri dengan guni, kambing itu dilihat keliru dan tercari-cari tuannya. 

"Aku pernah kena kejar kambing, sampai lari naik rumah. Kambing itu ikut naik, last aku panjat dinding" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 75K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je main sorok-sorok dengan kambing! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: