Cikgu Ubah Kelas Sekolah Siap Ada TV dan 'Aircond', "Macam Sekolah Di England" - Netizen
Semoga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat mereka yang bergelar guru sudah pasti ingin memastikan para pelajar belajar dalam keadaan yang selesa
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang guru lelaki yang sanggup berusaha mencari dana dan penaja swasta demi anak-anak muridnya.
Guru tersebut turut menyatakan dalam video itu bahawa dia sanggup mencari penaja dari luar untuk menghias bilik darjah agar suasana pembelajaran dapat menjadi lebih tenang dan selesa untuk murid-muridnya.
Mencari dana dan penaja swasta untuk hias kelas
Apa yang lebih menarik, kelas yang dihias oleh cikgu lelaki itu tidak hanya kemas tetapi ia lengkap dengan televisyen, sofa, penghawa dingin dan banyak lagi.
“Saya tak habiskan RM2,000 duit bonus untuk hias kelas saya, tetapi saya cari dana dan penaja swasta untuk dapatkan smart TV, penghawa dingin, kipas, meja dan sebagainya untuk anak murid saya.
“Tidaklah senang prosesnya namun rezeki dah tertulis anak murid saya dapat gunakan smart TV dan bilik yang sangat selesa,” tulisnya dalam video tersebut.
“Punyalah seronok anak-anak dapat belajar dengan selesa dan ada kemudahan lengkap apatah lagi dengan adanya Smart TV tak berkelip mata mereka.” katanya.
"Macam sekolah di England" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 861.9K views, 38.8K likes dan 2.4K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @yuslanibr (TikTok)
Image via @yuslanibr (TikTok)
Image via @yuslanibr (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Cikgu memang terbaik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment