Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nak Saring Jangkitan Covid-19 Guna Ujian 'Swab' Batalkan Puasa? Ini Penjelasan Dr. Maza

Ujian swab merupakan satu kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu untuk mendapatkan sampel.

Cover image via Berita Harian NewsWeek

Wabak Covid-19 yang melanda dunia masa kini sedikit sebanyak membuatkan sambutan Ramadan tahun ini agak berbeza

Pelbagai aktiviti yang biasa dilakukan pada bulan Ramadan terpaksa dibatalkan. Antaranya termasuklah berkunjung ke bazar Ramadan dan solat tarawih di masjid.

Image via NST

Walau bagaimanapun, sekatan aktiviti yang dibuat kerajaan persekutuan pada bulan Ramadan ini juga tidak menjaminkan tiada lagi kes positif membabitkan wabak tersebut.

Image via Astro Awani

Untuk memastikan seseorang itu benar-benar terkena jangkitan wabak Covid-19, ujian swab akan dilakukan ke atas individu terlibat iaitu satu kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu untuk mendapatkan sampel.

Image via Harian Metro

Persoalannya sekarang, adakah kaedah ujian swab Covid-19 ini membatalkan puasa seseorang?

Baru-baru ini, Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes Covid-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa kerana tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Image via Malaysia Dateline

Muftinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Dr. MAZA berkata, melihat kepada garis panduan bagi pengurusan Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menetapkan kaedah berkenaan dalam melakukan saringan wabak tersebut.

Katanya, “Ujian swab tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi sebab membatalkan puasa atau ijmak ulama. Maka sesuatu puasa yang sah secara yakin boleh dianggap batal dengan sesuatu yang syak atau sekadar sesuatu andaian."

Image via imgur.com

“Pandangan yang ditarjihkan iaitu ujian swab tidak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi yang mensyaratkan sesuatu yang masuk ke dalam rongga dalam (al-Jauf) mestilah sesuatu yang kekal di dalamnya dan tidak bersambung dengan sesuatu lain di luar badan,” jelasnya.

Menurut Dr. Maza lagi, daripada aspek perubatan sekalipun ia tidak membatalkan seperti memasukkan teropong perut ke dalam organ badan itu

“Jika demikian maka lebih sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat swab ke dalam rongga hidung dan mulut untuk mendapatkan sampel yang diperlukan kemudian dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” ujar beliau.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment