Cuma Tulis Warna Baju Pada Minuman, Pelanggan Hairan Barista Ini Lupa Minta Namanya
Barista tu nervous sangat kut.
Sudah menjadi trend anak muda kini, suka berkongsi foto tulisan nama pada minuman yang berjenama di media sosial
Iyalah, berkongsi foto minuman yang mempunyai nama seakan-akan sudah menjadi 'rukun' buat diri setiap anak muda di media sosial.
Baru-baru ini, tular satu video berkaitan seorang lelaki yang pelik dengan tindakan barista yang menulis nama warna baju pada minuman telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Barista lupa minta nama pelanggan, cuma tulis nama warna baju
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @gajenchandra di TikTok, reaksi bingung seorang remaja lelaki setelah menerima tempahan minumannya itu telah mencuit hati ramai.
Apa yang lebih menarik, jejaka tersebut terkejut selepas melihat tulisan "Baju Kelabu" pada minumannya itu.
Kebiasaannya, nama pelanggan akan ditulis pada minuman bagi memudahkan nama mereka dipanggil apabila pesanan sudah siap.
Image via @gajenchandra (TikTok)
Image via @gajenchandra (TikTok)
Image via @gajenchandra (TikTok)
"Mungkin barista tu pemalu orangnya" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi yang dihadapi oleh jejaka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 364.2K tontonan, 48.7K tanda suka dan 209 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @gajenchandra (TikTok)
Image via @gajenchandra (TikTok)
Image via @gajenchandra (TikTok)
Macam mana lah abang barista boleh lupa minta nama :D
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment