Dah Pandai Makan Pakai Tangan, Lelaki Mat Salleh Ini Siap Ajar Member Cara Yang Betul
Member pula tak reti.
Seperti yang kita tahu, mat salleh selalunya akan makan menggunakan sudu dan garfu berbanding menggunakan tangan terus
Ia disebabkan budaya mereka yang sudah biasa makan menggunakan sudu dan garfu berbanding dengan budaya kita. Jaranglah nak lihat mat salleh makan menggunakan tangan terus betul tak?
Namun, lain pula dengan video ini apabila memaparkan sekumpulan mat salleh makan menggunakan tangan telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ajar member cara makan guna tangan
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan mat salleh sedang makan di sebuah restoran dengan beberapa orang Melayu.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kesemuanya makan menggunakan tangan dan bukan sudu.
Malah, salah seorang daripada mereka dilihat mengajar rakannya untuk makan menggunakan tangan dengan betul.
Image via @wanaja5 (TikTok)
Image via @wanaja5 (TikTok)
"Macam payah beno jer, tapi muncung tak menahan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memberikan pelbagai reaksi.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 949.2K views, 91.5K likes dan 2,838 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @wanaja5 (TikTok)
Image via @wanaja5 (TikTok)
Image via @wanaja5 (TikTok)
Image via @wanaja5 (TikTok)
Image via @wanaja5 (TikTok)
Image via @wanaja5 (TikTok)
Amboi, mentang-mentang dah pandai makan pakai tangan berlagak ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment