seismik

Gigih Nak Cuba Buka, Video Mat Salleh Ini Bantai Durian Sampai 'Hancur' Buat Ramai Geram

Apalah yang dia buat tu.

Cover image via @brgsjks (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Durian merupakan raja buah yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita

Ramai yang menggemari buah ini kerana rasanya yang sedap ditambah pula dengan pelbagai jenis gred yang ada padanya.

Bagi anda yang sudah biasa makan buah ini pasti tahu cara membukanya betul tak? Tapi, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila aksi dua orang mat salleh cuba untuk membuka durian mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba nak buka durian sampai guna macam-macam cara

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang merakam diri mereka semasa mahu membuka durian.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara mereka mahu membuka durian yang menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang cuba melambung durian itu, ada pula yang cuba membalingnya ke bawah lantai dan ada juga yang cuba membukanya dengan menggunakan hammer.

Dia akhir video kelihatan durian itu akhirnya berjaya dibuka selepas beberapa kali cubaan. Malah, isi di dalam buah berkenaan dilihat seperti 'hancur' dikerjakan oleh mereka.

"Kalau aku dekat sana aku dah tampar mamat tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram mereka melihat aksi tersebut. Malah, ramai yang menganggap mereka sengaja lakukan perkara tersebut demi content.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.7K views, 283 retweets dan 570 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Jadi geram pula tengok cara dorang nak buka tu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: