Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Digelar 'Klon' P. Ramlee, Fairuz Misran Dikhabarkan Meninggal Dunia Hari Ini

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Labuan.

Cover image via The Patriots Popnable

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi yang dikenali sebagai klon Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Fairuz Misran dikhabarkan meninggal dunia pada usia 38 tahun di Labuan jam 1.30 tengah hari, hari ini

Image via CARI Infonet

Menurut sumber, Allahyarham yang juga Juara Bintang P. Ramlee 2012 telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Licious Labuan.

Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu dikongsi oleh abangnya, Ruzaidi Misran dan beberapa penggiat seni lain menerusi media sosial.

Walau bagaimanapun, punca kematian Fairuz tidak didedahkan.

Difahamkan, jenazah Fairuz masih berada berada di Hospital Labuan

Sekadar berkongsi info, Allahyarham Fairuz merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara dan wajah seakan seniman agung Tan Sri P. Ramlee pada era kini. Allahyarham turut dikenali di Sabah kerana bakat dan suaranya yang unik.

Sementara itu, menurut satu perkongsian di Facebook adiknya, Sazlieyanti memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami sakit dada dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.

Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah kami ucapkan. Semoga Allahyarham Fairuz ditempatkan bersama para solihin. Amin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment