Dikecam Pemalas Sebab Goreng Ikan Untuk Suami Lapar Jam 2 Pagi, Wanita Ini Tampil Bersuara
Lauk simple pun sedap tau kalau dah lapar.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kehidupan berumah tangga tak sah kalau tidak melayan macam-macam kerenah daripada suami dan isteri
Kebiasannya kalau isteri mengandung sering dikaitkan dengan sifat mengidam tidak kira waktu, suami pula tidak lari dari masalah lapar di tengah malam. Betul tak?
Begitu juga dengan video tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita dikecam gara-gara hanya menggoreng ikan untuk suaminya yang lapar jam dua pagi.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Suami mengadu lapar pukul 2 pagi, ikan goreng pun dah buka selera
Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirah Husain, dia pada mulanya sedang melayan K-Drama dan suaminya tiba-tiba mengadu lapar pukul dua pagi.
Sebagai seorang isteri, sudah pastinya Amirah tidak sampai hati melihat si suami kelaparan di tengah malam. Dia pun memasak nasi dan menggoreng ikan untuk dijadikan santapan suaminya di tengah malam.
"Tengah syok layan K-Drama, laki aku slow-slow datang bisik. Yang, lapar...Terus masuk dapur masak nasi, siang ikan. Masak paling simple tapi confirm menambah nasi"
"Tak tenang nak buat apa-apa kalau laki mengadu lapar. Nasi pun berasap lagi, bila tengok dia makan baru rasa lega. Boleh sambung tengok K-Drama," katanya.
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Dikecam pemalas gara-gara masak lauk simple, Amirah tampil bersuara
Seperti biasa, ada saja pihak yang tidak berpuas hati melihat kebahagiaan orang lain. Amirah dikecam pemalas kerana cuma menghidangkan lauk ikan goreng untuk suaminya.
Dia sekali lagi memuat naik video membalas komen daripada netizen yang mengecamnya itu dengan menunjukkan pelbagai menu dimasak olehnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Hahaha padu sis. Lain kali tag je dia tiap kali nak masak" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 260.4K tontonan, 23.5K tanda suka serta 339 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen memuji Amirah kerana tidak membiarkan suaminya lapar di tengah malam. Malah, ramai yang mengatakan lauk simple seperti itulah yang paling sedap dimakan ketika lapar.
Ada juga yang berkata kepadanya agar mengabaikan saja toxic people kerana kalau ikut logic, takkanlah nak masak beriya tengah-tengah malam.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Image via @kyraamiraa (TikTok)
Suami dia elok je makan ikan goreng, awak pula yang panas. Cuba jangan dengki dengan hidup orang lain? :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment