Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dipaksa Bekerja Lebih Masa, Pekerja Cleaner Menang Kes Mahkamah Tuntut OT Tak Berbayar

Difahamkan majikannya meminta semua pekerja syif untuk bekerja satu jam tambahan setiap hari.

Cover image via @KesatuanPSHK (Twitter)

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan, Perak

Menurut sumber, kemenangan kes tuntutan oleh pekerja itu menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat Edgenta UEMS yang merupakan kontraktor swasta untuk perkhidmatan pembersihan di hospital-hospital kerajaan di Utara Pantai Barat Semenanjung (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), yang menambahkan masa kerja sebanyak 1 jam setiap hari tanpa bayaran lebih masa (OT) itu adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @KesatuanPSHK itu, pekerja pembersihan berkenaan, S. Logiswaran, telah memfailkan kes untuk tuntutan OT tidak dibayar tersebut di Pejabat Tenaga Kerja Sitiawan pada 25 Ogos 2020.

Majikannya telah mengarahkan semua pekerja syif untuk bekerja satu jam tambahan setiap hari

Masa kerja syif pekerja-pekerja ini pada asalnya mempunyai 3 syif iaitu 7 pagi hingga 3 petang, 3 petang hingga 11 malam dan 11 malam hingga 7 pagi, iaitu 8 jam setiap hari.

Namun, pihak syarikat Edgenta UEMS telah menambahkan masa kerja 1 jam setiap hari secara tiba-tiba tanpa persetujuan pekerja.

Terdapat lebih kurang 60 orang pekerja pembersihan yang bertugas di Hospital Seri Manjung, dan antaranya separuh ialah pekerja syif.

Majikan diarahkan oleh Mahkamah Buruh untuk membayar RM1,211 kepada pekerja tersebut dalam tempoh 14 hari

Logiswaran yang juga merupakan ahli Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) berkata, dia masih sentiasa menghadapi 'gangguan' daripada pihak pengurusan kerana keanggotaannya dalam kesatuan.

“Kesatuan kami ada lagi banyak kes perlu lawan. Kami masih sangat susah. Saya berharap kemenangani kes ini boleh menguatkan lagi kesatuan kami,” katanya.

Dalam mana-mana kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja yang sedia ada, sebarang pertukaran terma serta syarat dalam kontrak tersebut, perlu adanya persetujuan kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja

V. Selvam, Pegawai Perhubungan Perusahaan yang mewakili kesatuan KPSPSHKSM, berkata, kes itu adalah mengenai tuntutan bayaran kerja OT bagi kerja syif yang telah ditambah sewenang-wenangnya oleh majikan Edgenta UEMS, dari 8 jam ke 9 jam setiap hari tanpa persetujuan pekerja.

Daripada keputusan kes itu, Makahmah Buruh dengan jelasnya telah menyatakan bahawa tindakan majikan Edgenta UEMS menambahkan waktu kerja sejam setiap hari tanpa persetujuan pekerja adalah salah.

Sementara itu, menurut L. Danaletchumi, seorang lagi Pegawai Perhubungan Perusahaan KPSPSHKSM, terdapat lagi pekerja-pekerja di 7 buah hospital yang memfailkan kes tuntutan OT tidak dibayar yang serupa. 

"Kemenangan kes di Sitiawan ini boleh memberikan keyakinan kepada kes-kes yang lain, dan juga memperkasakan pekerja-pekerja pembersihan hospital yang lain untuk memperjuangkan hak mereka"

“Kami memohon pada rakyat Malaysia supaya terus menyokong perjuangan pekerja-pekerja hospital yang juga merupakan petugas-petugas barisan hadapan ini,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment