Dipimpin Setiap Hari Untuk Ke Masjid, Ramai Tersentuh Melihat Persahabatan Warga Emas Ini
Sahabat dunia akhirat.
Semua orang mesti mahu memiliki sahabat yang baik, bukan?
Susah sebenarnya untuk menemukan sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita. Jika ada, sahabat itu haruslah dihargai dan dikenang jasanya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki setiap hari memimpin tangan rakannya untuk ke masjid telah menyentuh hati ramai netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hari-hari tunggu di depan rumah untuk ke masjid
Menerusi video tersebut, difahamkan ayah kepada pemilik video iaitu @_4clover mengalami masalah penglihatan sehingga sukar untuknya bergerak.
Mujur ada sahabat ayahnya. Jika ingin ke masjid, rakan ayahnya itu akan berada di depan rumah mereka untuk pergi bersama-sama.
Situasi si ayah memgang tangan rakannya telah membuatkan ramai sebak. Iyalah, susah nak berjumpa dengan sahabat sebaik ini.
Image via @_4clover_ (TikTok)
"Semoga Allah permudahkan segala urusan pak cik berdua. Bila dah tua ni, kawan yang ikhlas ada dengan kita sebenarnya dia adalah permata" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet sebak melihat situasi mereka berdua. Warganet juga turut mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.1M views, 249.9K likes dan 4,789 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @_4clover_ (TikTok)
Image via @_4clover_ (TikTok)
Image via @_4clover_ (TikTok)
Image via @_4clover_ (TikTok)
Image via @_4clover_ (TikTok)
Semoga kita semua dikurniakan sahabat seperti ini :')
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment