Disangka Hilang, Lelaki Terima Kejutan Dapat 'Bantal Busuk' Dari Rakan Selepas 4 Tahun
Siap frame tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang mempunyai habit masing-masing yang tidak dapat dielakkan
Contohnya seperti menyimpan barangan lama dan lusuh seperti 'bantal busuk'. Kalau tiada bantal busuk ini, ada yang sampai tak lena nak tidur, betul tak?
Tidak dinafikan, ramai yang mempunyai habit menyimpan bantal busuk mereka terlalu lama. Malah, bantal itu pula telah digunakan sejak dari kecil sehinggalah meningkat usia.
Seperti video yang tular di TikTok memaparkan seorang lelaki terkejut apabila terjumpa kembali bantal busuknya.
Image via @muniswaranharirama (TikTok)
4 tahun hilang, rupa-rupanya rakan nak buat jadi hadiah
Menerusi video di akaun TikTok @muniswaranharirama, dia berkongsi telah dihadiahkan bantal busuk oleh rakannya.
Difahamkan, bantal itu telah digunakan ketika dia kecil sejak daripada tahun 1996, namun ianya telah hilang pada tahun 2020.
Menurutnya, bantal tersebut didakwa telah hilang ketika dia mahu berpindah rumah. Namun, selepas empat tahun kemudian dia diberikan kejutan bersempena hari jadinya pada Januari lalu dengan bantal busuk berkenaan.
Apa yang lebih mencuit hati adalah, rakannya siap meletakkan bantal busuk tersebut di dalam sebuah bekas kaca dan diberikan kepadanya.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment