Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dituduh Bela Haiwan Eksotik Tanpa Lesen, Tunku Idris 'Sekolahkan' Netizen Berlagak Pandai

Kan dah kena.

Cover image via Instagram @tunku_idris

Isu membela haiwan eksotik masih lagi menjadi topik hangat di kalangan masyarakat sejak minggu lepas

Image via PERHILITAN

Semuanya bermula apabila seorang penyanyi tempatan, Zarith Sofia didapati membela seekor haiwan eksotik jenis Beruang Matahari di dalam kondominiumnya di Desa Pandan.

Walaupun tidak mempunyai apa-apa niat yang buruk mahupun ingin mencederakan haiwan tersebut, perbuatan Zarith Sofia atau Pia, 27, itu tetap salah di sisi undang-undang.

Image via Firdaus Latif / Malay Mail

Pia ditahan kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran PERHILITAN di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Baru-baru ini, seorang netizen di Twitter mempersoal mengapa hanya 'pipit' yang ditangkap walhal terdapat 'helang' juga yang membela haiwan eksotik

'Pipit' yang dimaksudkan adalah warga marhaen yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau kuasa, sama seperti Zarith Sofia.

Manakala gelaran 'helang' itu pula ditujukan secara direct kepada Tunku Idris iaitu anakanda kepada baginda Sultan Johor.

Tunku Idris

Image via Instagram @tunku_idris

Netizen tersebut mempersoal kenapa tiada sebarang dikenakan kepada Tunku Idris sedangkan baginda juga membela haiwan eksotik yang dipelihara.

Menerusi Instagram, baginda dilihat membela haiwan yang sama seperti yang ditemui di kondominium Zarith Sofia iaitu Beruang Matahari.

Image via Instagram @tunku_idris

"Pipit je yang kena tangkap?" persoal tweet berkenaan

Image via Twitter

Tunku Idris pantas membidas dan 'menyekolahkan' netizen berkenaan sambil menjelaskan perkara sebenar yang ramai tidak tahu

Menurut Tunku Idris, baginda telah pun mendaftar dan memperoleh lesen yang sah dari Jabatan PERHILITAN untuk membela haiwan eksotik tersebut.

"Sebab ‘Helang’ ini ikut cara yang betul. Pergi daftar dan diberi lesen oleh Jabatan PERHILITAN. Sepandai-pandai tupai," tulis baginda di ruangan caption.

Image via Instagram @tunku_idris

Netizen lain begitu teruja membaca reply daripada Tunku Idris itu dan masing-masing menyelar tindakan individu berkenaan yang berani mempersoal keluarga Diraja Johor

Permaisuri Agong, Tunku Azizah turut meninggalkan komen serta menjelaskan secara terperinci tentang kewujudan zoo mini di dalam Istana Johor yang dijaga rapi

Pihak PERHILITAN juga menyedari tentang kewujudan zoo mini ini, malah turut hadir ke istana secara berkala bagi tujuan pemeriksaan.

Image via Instagram @tunku_idris

Image via Instagram @tunku_idris

Image via Instagram @tunku_idris

Apabila ditanya tentang harga untuk membela harimau, ini jawapan Tunku Idris:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mula-mula orang bahan, lepas tu...

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment