Comel Je Cara Dr Maszlee Ucap Terima Kasih Pada PM Bagi Pihak 'Makcik Kiah' & Lain-Lain
Dr. Maszlee telah meletakkan beberapa nama yang mewakili masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama mengucapkan rasa kesyukuran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baru sebentar tadi YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat
Image via FMT
Dalam pembentangannya, beliau menggunakan analogi penjual pisang goreng bernama 'Makcik Kiah' yang selepas ini akan mampu tersenyum dengan pelbagai bantuan disalurkan kerajaan persekutuan.
“Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab.
Image via Wikipedia
“Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4,000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat,” katanya.
Bukan itu sahaja, beliau berkata keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500
“Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3,400.
“Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama enam bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama enam bulan sebanyak RM1,800, penjimatan bayaran bil elektrik selama enam bulan sebanyak RM120,” katanya.
Image via Vulcan Post
Menurutnya, anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebanyak RM1,200.
“Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600. Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Image via Instagram @artortoise
“Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat,” katanya.
Mewakili Makcik Kiah dan golongan yang seangkatan dengan itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, telah menggunakan medium Twitter mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri
Dalam rangkaian tweet-nya itu, Dr. Maszlee telah meletakkan beberapa nama yang mewakili masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama mengucapkan rasa kesyukuran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat jelata.
Image via Twitter @maszlee
Image via Twitter @maszlee
Image via Twitter @maszlee
Alhamdulillah. Terima kasih YAB PM di atas bantuan ini!
Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!
Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:
Leave a comment