Dr Say Tegaskan Kenapa 'Baby Walker' Tak Bagus & Boleh Menjerumus Cara Jalan Yang Salah
Difahamkan, 'baby walker' telah diharamkan sepenuhnya di Kanada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pempengaruh dan doktor, Dr Say Shazril telah berkongsi tentang keburukan 'baby walker dan bagaimana ia boleh melambatkan proses bayi berjalan
Menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuat naik di TikToknya, Dr Say menegaskan bahawa baby walker sebenarnya akan menyekat perkembangan bayi untuk berjalan dengan normal.
Hal ini kerana, penggunaan baby walker menyukarkan bayi untuk berjalan dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada peralatan tersebut.
Image via @say_shazril0 (TikTok)
"Sepanjang saya membesarkan tiga anak lelaki, satu barang bayi yang saya tak pernah dan tak akan beli adalah baby walker.
"Ramai orang ingat baby walker akan membantu dan menyokong mempercepatkan bayi berjalan, padahal baby walker melambatkan proses bayi berjalan.
"Kenapa? Pertama, baby walker menyekat perkembangan motor yang normal. Bayi akan bergantung pada sokongan dari walker berbanding kekuatan otot mereka sendiri," katanya.
Image via @say_shazril0 (TikTok)
"Kedua, baby walker menggalakkan pergerakan jalan yang salah sekali gus menjurus ke arah cara jalan yang tidak sepatutnya.
"Ketiga dan paling penting adalah tentang faktor keselamatan. Selalunya, baby walker digunakan ketika usia bayi sudah mencecah enam bulan. Ketika usia itu, bayi akan belajar grab things.
"Bayangkan, bayi itu menarik barang di tempat tinggi seperti wayar cerek air yang panas, kan bahaya.
"Selalunya juga, pengawasan kepada bayi yang pakai baby walker juga berkurang. Meningkatkan risiko kemalangan seperti jatuh tangga atau sebagainya," katanya lagi.
Image via @say_shazril0 (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Take note ya parents di luar sana!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment