Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Elak Minyak Tak Terpercik, Pak Cik Ini Ajar Cara Paling 'Simple' Goreng Ikan Keli

Senangnya cara dia, boleh cuba ni.

Cover image via @blacktiger9436 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang baru saja belajar memasak, sudah semestinya akan melihat pelbagai video dan resepi baru untuk dicuba bukan?

Zaman sekarang bukan perempuan saja yang pandai masak, orang lelaki juga tidak kurang hebatnya. Lihat saja chef-chef terkemuka di Malaysia, kebanyakannya terdiri daripada lelaki.

Disebabkan itu, ramai yang mahu membuat resepi kegemaran mereka tetapi ada yang takut akan sesuatu benda seperti minyak terpercik, takut masakan tak jadi dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mengajar bagaimana cara memasak ikan keli menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ajar cara letak Eno supaya minyak tak terpercik

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu sedang menggoreng beberapa ekor ikan keli. Dia kemudian berkongsi tips kepada semua orang bagaimana cara untuk mengelak minyak dari terpercik semasa menggoreng ikan itu.

Difahamkan lelaki itu menggunakan Eno berperisa lemon semasa menggoreng ikan berkenaan.

Walaupun kelihatan agak pelik kerana meletakkan Eno dalam minyak masak, tetapi ia ternyata berkesan kerana menunjukkan minyak goreng tidak langsung terpercik semasa menggorengnya.

Namun begitu, ramai yang mempersoalkannya tentang bahan yang digunakan untuk menggoreng ikan keli tersebut.

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

"Kalau goreng ayam dan ikan lain boleh guna Eno tak?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen masih tertanya-tanya apakah rasa setelah meletakkan Eno dalam masakan tersebut.

Malah, ramai yang bergurau dengan memberitahu mereka telah meletakkan bahan seperti Panadol dalam masakan mereka. Ada juga mengucapkan terima kasih kerana berkongsi tips itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 618.3K views, 27.6K likes dan 1,175 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

Image via @blacktiger9436 (TikTok)

Ada yang dah cuba? Memang menjadi ke tips pak cik ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment