MUA Bellaz Tampil Mahu Sponsor Makeup Semula Pengantin Ini Setelah 'Dianiaya' Mak Andam
Teruk juga makeup dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi bakal pengantin, makeup sudah tentu menjadi faktor utama untuk mereka kelihatan berseri di hari bahagia
Namun, baru-baru ini tular mengenai satu perkongsian di Facebook apabila seorang wanita meluahkan rasa sedihnya terhadap 'mak andam' di hari perkahwinannya kerana memberikan servis yang mengecewakan.
Apa yang lebih menyedihkan adalah, pihak butik tersebut sama sekali tidak dapat menerima teguran dan mengabaikan mesej yang dihantar begitu saja.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
MUA Bellaz bagi keceriaan kepada pengantin mahu sponsor makeup
Disebabkan perkongsian itu telah tular di media sosial, jurumekap profesional terkenal iaitu MUA Bellaz tampil mahu memberikan bantuan untuk makeupkan semula wanita itu.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan MUA Bellaz, dia merasa simpati dengan apa yang menimpa pengantin tersebut.
Dia memberitahu mahu menaja makeup serta pakaian pengantin yang lebih cantik untuk mengembalikan senyuman dan keceriaan kepada wanita itu selepas dianiya mak andam yang telah mengakibatkan dia kerugian besar.
Malah, wanita itu menyambut dengan hati yang terbuka oleh MUA Bellaz itu dan akan menemuinya jika kerajaan membenarkan untuk merentas negeri nanti.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
"Allahu kening itu. Aniaya orang je" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa geram dan marah selepas melihat hasil tersebut.
Malah, ramai yang berpendapat mak andam itu sebagai seorang tidak profesional dan tidak berpengalaman. Ada juga yang meminta nama butik berkenaan agar tidak ditipu sedemikian.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 10K likes, 2K comments dan 7.5K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook: