Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

FamiCafé Oleh FamilyMart Kini Diiktiraf Kafe Kedai Serbaneka Halal Pertama Di Malaysia

FamilyMart juga bakal perkenalkan konsep FamiCafé seperti yang terdapat di Menara U di semua kedai seluruh negara.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

FamilyMart Malaysia baru-baru ini mengumumkan FamiCafé di Menara U, Shah Alam telah mendapat pensijilan halal
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikannya kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal

Pensijilan halal ini selari dengan usaha berterusan FamilyMart Malaysia dalam memastikan para pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was dalam premis miliknya.

Kedai-kedai FamilyMart Malaysia akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan JAKIM, dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain.

Selaras dengan perkembangan ini, FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan alkohol di semua kedai bagi memberikan keyakinan tambahan untuk para pelanggan berbelanja tanpa kegusaran.

Pengarah Urusan QL Maxincome Chia Lik Khai sedang meletakkan logo halal di kaunter FamiCafé dan disaksikan oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM, Encik Razi Hassan.

Image via FamilyMart Malaysia

Bakal perkenalkan konsep FamiCafé seperti yang terdapat di Menara U di semua kedai

Sebagai sebahagian daripada inovasi berterusannya untuk mengembangkan semangat konbini bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan pelanggan, FamilyMart akan memperkenalkan konsep FamiCafé seperti yang terdapat di Menara U di semua kedai.

Konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman kafe dan makanan yang tersedia untuk dimakan yang disiapkan di dalam kedai. Ini termasuk makanan kegemaran sepanjang masa seperti oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.

Konsep FamiCafé menggabungkan minuman kafe berkualiti dan tawaran sajian dengan keselesaan masa dan lokasi. Sejak pelancarannya, konsep ini telah menerima sambutan baik untuk kualiti, nilai dan keselesaan yang ditawarkan.

Sehingga kini terdapat 16 FamiCafé di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun 2023.

Image via IOI City Mall

Semua FamiCafé serba baharu akan mengadaptasi susun atur yang disediakan JAKIM, manakala stor sedia ada akan diubah suai untuk tujuan sama.

FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang tahun 2025.

Sebagai tambahan, FamilyMart kini giat berkembang ke pantai timur Semenanjung Malaysia. FamilyMart Malaysia sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau itu dan menyasarkan 20 kedai akan dibuka menjelang akhir 2023.

Cawangan FamilyMart sudahpun dibuka di beberapa lokasi di Kuantan, Pahang.

Image via FamilyMart Malaysia (Facebook)

Untuk terus menambah keselesaan, FamiCafé FamilyMart di Menara U juga mempunyai kiosk layan diri, membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan e-dompet atau kad kredit kegemaran masing-masing.

Pelanggan bebas untuk melihat barangan lain sementara pesanan disiapkan. Kiosk layan diri akan diperkenal di FamiCafé yang lain secara beransur.

Pusat penyediaan makanan FamilyMart Malaysia yang dikendalikan oleh QL Kitchen telah diiktiraf halal oleh Jakim sejak 2019.

Setakat 30 April 2023, 172 produk makanan jenama FamilyMart didaftarkan halal di portal halal rasmi JAKIM.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment