seismik

PDRM Tawar Diskaun Kadar Khas 'RM50 Setiap Saman Trafik' Tertunggak Hingga 21 Mei Ini

Kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.

Cover image via Roslin Mat Tahir/New Straits Times

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik buat rakyat Malaysia yang mempunyai kesalahan saman trafik tertunggak dan masih belum membayarnya sehingga kini!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.

"Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan," ujarnya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 sahaja!

Dengan tawaran ini, orang ramai boleh melunaskan setiap saman boleh dengan hanya RM50. Ayuh jangan lepaskan peluang ini!

Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.

Kadar Khas ini terpakai bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Kadar khas ini juga bermula 21 April 2023 jam 8 pagi selama sebulan sehingga 21 Mei ini.

Cara pembayaran kesalahan dan saman trafik PDRM

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyediakan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memastikan orang ramai boleh membayar saman mereka melalui saluran berikut :

i) Aplikasi MyBayar Saman

ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)

iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara

iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Image via MyBayar Saman

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google Playstore – https://play.google.com/store/apps/details…

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei App Gallery – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: