seismik

[VIDEO] TODAK Muncul Juara MPL Malaysia Musim Ke-11, Tewaskan Team SMG 4-0 Di Grand Final

Tahniah pasukan TODAK!

Cover image via MPL Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas mengharungi satu musim yang penuh dengan banyak cabaran, akhirnya Todak berjaya dinobatkan sebagai juara MPL MY Musim ke-11 dan menempah slot ke Piala Asia Tenggara (MSC) 2023

Menerusi laporan Buletin TV3, perlawanan akhir menentang Team SMG itu, dominasi penuh ditampil TODAK yang garang merakam kemenangan 4-0 pada format grand final ‘best of sevens’.

Game pertama, aksi kemas TODAK sukar untuk dijawab Team SMG yang terpaksa melepaskan permainan hanya dalam tempoh 12 minit.

Penggunaan hero ‘Karrie’ oleh Muhd Danial Fuad atau lebih dikenali sebagai ‘CikuGais’ selaku ‘Marksman’ pasukan TODAK nyata sukar untuk dikawal Team SMG.

Muhd Danial Fuad (CikuGais) main peranan penting bantu TODAK lakar kejuaraan.

Image via buletintv3.my

Ini adalah kejuaraan kali ketiga TODAK selepas turut menjulang trofi sama pada musim ke-6 dan musim ke-9

TODAK berjaya menjulang trofi selaku juara MPL Malaysia musim ke-11.

Image via buletintv3.my

Walaupun Team SMG cuba bangkit pada game kedua, pertarungan yang berlangsung hampir setengah jam itu menyaksikan TODAK berjaya membuat ‘comeback’, mendapatkan kemenangan kedua pasukan.

Dan game ketiga, dominasi terus dipamerkan TODAK dan kali ini, kesilapan yang dilakukan Team SMG dimanfaat juara dua kali MPL Malaysia itu dengan bantuan ‘minions’ memudahkan kristal lawan dimusnahkan.

Cuba untuk menyekat kemenangan TODAK, Team SMG bagaimanapun terus berdepan tekanan dengan CikuGais menjadi watak cukup penting dengan penggunaan hero ‘Karrie’ buat kali keempat berturut-turut sebelum TODAK mengesahkan gelaran juara MPL Malaysia musim ke-11.

Dalam pada itu, selaku juara, TODAK turut mengesahkan slot tunggal Malaysia ke saingan MLBB Asia Tenggara, Piala MSC yang akan dilangsungkan di Phnom Penh, Kemboja, Jun nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: