Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Adalah Formula ‘Kuno’ & Paling Efektif Untuk Uruskan Duit Gaji Setiap Bulan. Terbaik!

Yang penting, disiplin perlu ada. Jangan terlalu over-spend!

Cover image via Sinar.my

Pengurusan kewangan yang baik adalah melibatkan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaannya, memang agak sukar untuk dicapai.

Masalah ini bakal atau pernah dihadapi oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Banyak wang yang diperlukan untuk membina hidup baru bersama pasangan.

Mana tidaknya, baru berkahwin, tidak semua keperluan sudah tersedia. Betul?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Excellent Wave

Anda cuma perlukan formula yang betul untuk menjadi pasangan yang bijak mengurus ekonomi rumahtangga.

Tidak sesukar yang disangka pun.

Anda ingin mengetahui teknik mengasingkan duit gaji dengan lebih efektif? Boleh ikuti cara yang dikongsi oleh wanita ini di laman Facebook miliknya.

Sangat membantu!

Baca perkongsian penuh di bawah:

1. Sediakan sampul 'secukup rasa' dengan label

Image via Norhafizah Abdullah / Facebook

Mula-mula skali, list semua liabiliti kita setiap bulan.

From A-Z, pastikan tak dak yang tertinggal. Macam mak, setiap jenis sampul ni mak memang tahu berapa anggaran nya. Dan mak tulis terus berapa MAKSIMA bagi setiap sampul.

Boleh je nak sumbat semua dalam 1 sampul terus. Dan tulis besar-besar 'TABUNG LIABILITI'.

Tapi mak lebih suka buat camni. Nampak sebijik-sebijik apa yang perlu kita spend dan berapa jumlah yang kita kene setel setiap bulan.

2. Isi sampul dengan redha. Hehehe.

Image via Norhafizah Abdullah / Facebook

Bila dah list berapa jumlah belanja bagi setiap sampul, pastikan isi dengan redha dan riangnya. Isi lebih takpe, jangan kurang dari jumlah yang sepatutnya.

3. Kepit sekaligus, simpan di tempat yang selamat dan sukar untuk anda nampak

Image via Norhafizah Abdullah / Facebook

Simpan di tempat yang kita malas nak capai. Jangan duk bubuh dalam purse/wallet pulak. Senang bebeno nak dicapai time 'emergency'.

Tak emergency pun tetiba boleh jadi emergency kalau mari nafsu menyoping kita tu. Masak sangat dah dengan perangai diri sendiri.

4. Segera langsai segala liabiliti

Image via Norhafizah Abdullah / Facebook

Jangan tunggu tengah bulan baru nak bayar. Seeloknya, hari ni dapat gaji, dalam masa 3 hari selepas tu dah setel bayar semua.

Dan ingat, kalau ada baki simpan ja dalam sampul. Jangan ditarik2 masuk ke poket buat beli kuih raya ka, buat tambah duit postage ka.

Baki ni forward ke bulan depan. 

Tadi mak ada sampul 'MINYAK KERETA' ngan 'BARANG DAPUR + BARANG BASAH' kan? Dua sampul ni je yang aktif sampai ke hujung bulan taw. Sebab duit minyak mak akan keluarkan dari sampul seminggu skali. RM100. 

Barang dapur yang kering dah setel beli awal-awal. Tinggal duit untuk barang basah je dalam tu. Barang basah tak leh beli awal-awal kan, tak fresh pulak. Sama jugak, time nak beli barang basah ni baru mak keluarkan.

Bila dah selesai semua itu, mulalah terfikir. Cukup atau tidak duit yang telah ditolak tepi? Ada lebih lagi ke untuk anda berbelanja dan 'reward' diri sendiri?

Hmmm, jawapannya...

Image via Gfycat

Tadi dah asing semua duit untuk bayar semua liabiliti kan? So tak payah risau dah duit tak cukup untuk bayar semua tu sebab semua dana dah tersimpan kemas dalam sampul tu.

Persoalan pertama, ada lebih dak? Hat lebih tu nak simpan buat reward diri pun boleh. Tapi jangan semua. Simpan sebahagian untuk saving. Saving jangan diusik. 

Persoalan kedua, cukup tak gaji untuk tampung semua belanja? Kalau cukup alhamdulillah. Kalau tak cukup, jangan meratap sedih pilu. Buat sesuatu. Paling mudah, bisnes online. Platform paling masyuk dan senang. 

Susah senang biar suami isteri sama-sama. Sikit atau banyak, sama2 la kongsi untuk ringankan beban antara satu sama lain. 

Alhamdulillah, lepas buat cara menyimpan gaya kuno ni,, memang berbeza sangat-sangat pengurusan duit mak senduk dan suami. Nampak dah kat mana duit pergi. Tak de dah laju macam air paip bocor. Dulu main sebat main withdraw sesuka ati ja.

So guys, sapa yang nak cuba cara ni mak alu-alukan sangat. Banyak lagi cara lain, tapi hat ni yang paling berkesan untuk mak senduk dan suami. Jadi, selamat mencuba! 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Inginkan tips menyimpan duit yang lain? Baca di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment