seismik

Ini 7 Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit Walau Gaji 'Ciput'. Take Note Semua!

Jangan ambil mudah ya. Penting!

Cover image via Google

Ramai anak muda zaman sekarang susah untuk menyimpan duit selepas mendapat gaji. Pengurusan kewangan memang langsung tidak tahu dan sentiasa bersikap boros.

Sikap seperti ini amat dikhuatiri kerana wang yang anda dapat hasil dari pekerjaan seharusnya disimpan untuk masa hadapan. Bukannya berbelanja tak ingat dunia.

Image via Google

Jika tiada wang simpanan di usia remaja, pernah terfikir apa yang akan terjadi jika keluarga anda jatuh sakit dan memerlukan wang untuk merawat?

Siapa yang akan bantu keluarga ketika itu kalau bukan anda?

Oleh itu, anda boleh gunakan formula di bawah yang disediakan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nur Aliah tentang cara untuk mula menyimpan wang sebanyak ribuan ringgit walaupun gaji 'ciput'

Tip 1: Dapat sahaja gaji, terus asingkan untuk simpanan dan baru guna untuk berbelanja

Image via Ebates

Bila anda harus asingkan untuk wang simpanan? Ikuti formula di bawah:

10% - Simpanan
10% - Takaful
10% - Emergency fund
70% - Belanja

Simpanan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.

Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.

Tip 2: Simpan duit di tempat yang susah untuk anda keluarkan

Image via Gfycat

Sebenarnya taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros. Paling baik simpan duit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.

Oh ya, bercakap tentang emas pula, adakah anda tahu bahawa orang dulu-dulu tak simpan duit kertas. Namun, mereka simpan kekayaan mereka dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, emas ataupun rumah-rumah sewa.

Sebab menurut orang tua-tua, bila dapat duit, tukar duit ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah dan sebagainya. Sebab semua itu akan membuatkan anda kaya dan juga boleh menjana hasil daripada harta-harta yang ada.

“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.

Tip 3: Tambahkan side income atau source of income

Image via Gifer

Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.

Mana tidaknya, abang jual burger tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit, apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.

Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.

Tip 4: Potong segala jenis kad kredit. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan.

Image via Giphy

Antara cara lain adalah hentikan serta merta segala penggunaan kad kredit. Lebih-lebih lagi untuk orang yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berbelanja kehendak.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan kad kredit sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda. Bahaya. Jadi, berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak.

Tip 5: Banyakkan bersedekah. Bak kata orang putih, "The more you give, the more you get."

Image via Gifs.com

Seperti biasa, rezeki datang dari Tuhan. Dia juga sudah berjanji bahawa jika satu kali anda bersedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti. Jika tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, buntu dan sebagainya, jalan yang terbaik adalah bersedekah.

Waktu yang terbaik untuk berbuat sedemikian adalah ketika waktu pagi. Boleh mula dengan bersedekah sekurang-kurangnya RM50 sehari.

Tip 6: Banyakkan berzakat

Image via Google

Banyak kepentingan zakat yang mungkin anda masih belum tahu. Antaranya ialah ia mensucikan harta anda. Ini kerana harta adalah ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta anda dari perkara haram dan shubhah.

Jika anda tidak keluar untuk berzakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta anda. Sebab dengan harta yang diperolehi inilah yang akan anda gunakan bagi menampung keluarga yang susah.

Jadi jika harta yang diperolehi tidak bersih, adakah apa yang anda dapat diberkati Allah?

Tips 7: Dapat keuntungan, laburkan duit tersebut

Image via W24

Contohnya melabur di pasaran saham. Jika anda masih tidak tahu, ini merupakan 6 tempat yang boleh anda laburkan duit anda iaitu:

1 = Tabung Haji
2 = Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF)
3 = Emas
4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
5 = Unit Trust 
6 = Saham

Senang sahaja, bukan?

Sedikit nasihat untuk anak-anak muda di luar sana yang masih belum mula menyimpan demi masa hadapan:

Wahai anak muda yang berijazah atau berdiploma, sentiasalah rajin berusaha dalam kerjaya. Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea dan juga pemikiran.

Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar sebenarnya pun lebih mudah diurus jika BERDISIPLIN. 
Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa depan!

Jom mula menyimpan wang? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Untuk tips kewangan yang lain, boleh baca di bawah:

You may be interested in: