"Free Extra Blue Cheese" - Lelaki Tutup Kuali Guna Penutup Tupperware Ini Bikin Dekah
Abang tak sedar ke itu Tupperware?
Mak-mak dengan koleksi perkakas dapur memang tak boleh dipisahkan
Lebih-lebih lagi berkenaan dengan tupperware. Kadangkala, almari bukan penuh dengan pinggan mangkuk tetapi penuh dengan koleksi Tupperware saja.
Bila bawa bekal sekolah dengan bekas Tupperware pula, sampai saja rumah perkara pertama yang ditanya mesti tentang Tupperware betul tak? Kalau hilang confirm kena marah dek kerana hilangkan barang kesayangannya.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki menggunakan penutup Tupperware untuk menutup kuali yang panas itu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tutup kuali dengan Tupperware, sekali penutup cair macam cheese
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang mengukus tauhu. Kemudian, dia menutup tauhu yang dikukus itu dengan menggunakan penutup Tupperware.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila penutup tupperware itu mencair dek kerana kuali yang panas itu. Tupperware itu nampak seperti cheese yang mencair.
Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur. Malah, mereka juga menyuruhnya bersiap sedia untuk dimarahi oleh ibunya disebabkan menggunakan penutup Tupperware.
Lihat video lain itu di bawah:
"Alamak! Mak, Tupperware mu hancur mak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 8.1M views, 178.5K likes dan 3,713 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @yohanes_putra (TikTok)
Image via @yohanes_putra (TikTok)
Image via @yohanes_putra (TikTok)
Image via @yohanes_putra (TikTok)
Image via @yohanes_putra (TikTok)
Image via @yohanes_putra (TikTok)
Silap besarlah abang guna penutup Tupperware :P
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment