seismik

"Kenapa BM Gred B?" - Jawapan Si Cilik Bila Ditanya Tentang Result Ini Buat Ramai Terkedu

Haha, boleh pula macam tu eh?

Cover image via @nurhafzan6644 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa bila tahu anak sudah mendapat keputusan, belum masuk pintu rumah lagi terus terjah tentang resultnya betul tak?

Kalau keputusan teruk, mulalah episod bebelan dari si ibu. Tetapi, apabila semua subjek mendapat gred A kecuali satu subjek yang mendapat gred lain, ditanya pula kenapa subjek itu tidak mendapat gred cemerlang.

Sama seperti kanak-kanak perempuan di dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila dia memperoleh gred A untuk kesemua subjek.

Namun, jawapannya apabila ditanya mengenai mengapa keputusan subjek bahasa Melayu (BM) gred B pula telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ditanya kenapa BM dapat gred B, jawapan si anak pula menghiburkan

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @nurhafzan6644, dia dilihat merakam momen ketika melihat keputusan peperiksaan anaknya.

Anaknya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kesemua subjek memperoleh gred A kecuali bahasa Melayu sahaja gred B.

Bila ditanya kepada anaknya kenapa bahasa Melayu mendapat gred B, si cilik itu dengan selamba menjawab "sebab saya ore Kelantan bukan orang Melayu".

"Rare jawapan mu dik. Orang Kelate kalau exam memang akan ada bahasa rojak sikit dalam exam" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 776.2K views, 60.6K likes dan 1,584 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat jawapan selamba dari si cilik itu. Malah bagi penduduk di Kelantan, rata-ratanya mengakui akan jawapan yang diberikan si cilik itu.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Win dik jawapan! Apa-apa pun tahniah atas kejayaan yang diperoleh ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: