Selepas Kanada, Chef Ini ‘Tapau’ Ireland Pula Dengan Fusion Nasi Lemak & Nasi Kerabu. Wow!
Siti Safura Mohd Tawil telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dengan hidangannya yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang.
Jika bunga raya menjadi bunga kebangsaan Malaysia, nasi lemak pula seharusnya dilabel sebagai makanan kebangsaan negara ini
Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan nasi lemak. Bahkan hidangan ini boleh dianggap sajian ruji tatkala sarapan pagi yang selalunya lengkap dimakan bersama secawan teh tarik.
Image via Terbaek Net
Dengan rasa nasi yang lemak dan beraroma dan digaul bersama sambal ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng serta timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali sehinggalah ke suapan terakhir. Sangat sedap, bukan?
Sekarang bayangkan pula kesedapan nasi lemak itu digabungkan pula dengan keenakan rasa nasi kerabu. Double kelazatannya!
Baru-baru ini seorang gadis telah mengharumkan nama tanah air dengan hidangannya yang bernama Nasi Lemak Bunga Telang, yang merupakan fusion di antara nasi lemak dan nasi kerabu
Image via Facebook Safura Tawil
Siti Safura Mohd Tawil telah berjaya mendapat pingat emas dalam pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) bagi kategori masakan Asia-India yang dianjurkan The Panel of Chefs Ireland.
Image via Facebook Safura Tawil
Dalam pertandingan itu, Siti Safura telah memikat hati juri dengan hidangan nasi lemak berwarna biru yang disertai lauk ayam rendang, kerabu dan keropok keping rangup yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang.
Image via Facebook Safura Tawil
Dalam pada itu, Siti Safura turut meluahkan penghargaannya kepada Duta Besar Malaysia di Ireland, Zakaria Nasir dan isterinya, Junainah Che Ali
“Terima kasih kepada Duta Besar Malaysia, TYT Encik Zakaria Nasir dan isterinya, Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” katanya kepada Harian Metro.
Image via Facebook Safura Tawil
“Terima kasih juga kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr Esa dan Sir Razman atas nasihat dan pandangan. Saya amat menghargainya,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Siti Safura pernah mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan ‘Embassy Chef Challenge 2016’ di Ottawa, Kanada pada 3 November 2016.
Tonton video yang dikongsikan oleh Siti Safura ketika acara pertandingan ini berlangsung dan saat kemenangannya di bawah:
Tahniah chef Siti Safura!
Kami di SAYS Seismik turut tumpang berbangga dengan kejayaan chef. #MalaysiaBoleh!
Image via Facebook Safura Tawil
Sebelum ini pernah kecoh di laman sosial perihal netizen yang marahkan seorang wanita Britain kerana hina hidangan nasi lemak:
Jangan risau, wanita Britain itu sudah menarik kata-katanya dan kini memuji hidangan kebangsaan kita!
Leave a comment