"Mudahkan Kerja Orang" - Gadis Sukarelawan Berbahasa Urdu Di PPV Ini Buat Ramai Kagum
Wah, fasihnya dia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semestinya, kita sangat teruja dan bangga apabila jumpa rakan yang fasih dalam pelbagai bahasa
Kemahiran berbahasa dalam banyak jenis bahasa ini tidak dinafikan sangat mudah dan senang untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Kebiasaannya, kita sering dengar orang fasih bercakap dalam bahasa ketiga seperti Mandarin, Korea dan pelbagai lagi.
Namun, baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang gadis sukarelawan berbahasa Urdu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah mendapat perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Petah berbahasa Urdu dengan warga Bangladesh dan Pakistan untuk memudahkan lagi urusan pemberian vaksin
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis yang dikenali sebagai Ain Syawani sedang bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin, Bukit Jalil.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia tampil berbahasa Urdu dengan warga Bangladesh dan Pakistan untuk memudahkan lagi urusan vaksinasi.
Dia menyatakan bahawa proses itu menjadi lebih cepat apabila dia berkomunikasi dengan para warga asing menggunakan bahasa mereka. Gadis itu juga suka melihat reaksi warga asing apabila dia spontan bercakap dengan bahasa Urdu.
Dalam postingnya, gadis itu sempat berpesan yang warga asing juga perlu dilayan dengan dengan ramah, jangan sesekali meninggikan suara hanya kerana mereka tidak faham bahasa kita.
"I like your word, mudahkan kerja orang, Allah mudahkan urusan kita" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan teruja dengan gadis yang fasih berbahasa asing itu. Malah, ramai yang terinsipirasi dengan effort dan alternatifnya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 365K views, 12K retweets, 1K quote tweets dan 29K likes di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Comel je dia cakap bahasa Urdu, kami bangga dengan sis. Keep it up! <3
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment