Makan Masa 3 Bulan, Gadis Ini Reka & Jahit Sendiri Gaun Perkahwinan Mirip Disney Princess!
Ada busana mirip Elsa dari filem kartun Frozen juga!
Hari perkahwinan merupakan antara hari yang paling bahagia buat setiap pasangan kekasih
Setiap pasangan pengantin tentu sahaja mengharapkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.
Image via Instagram @dnaliawedding
Daripada dekorasi, kepada pelamin, kepada makanan yang dihidangkan sehinggalah ke pakaian yang bakal digayakan. Manakan tidak, majlis perkahwinan adalah once in a lifetime event!
Dan adalah menjadi suatu kepastian bahawa setiap gadis itu mahu kelihatan bak seorang puteri pada hari perkahwinannya. Iya lah, hari bahagia itu akan sentiasa terpahat dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Umpama dream comes true apabila gadis ini berjaya merealisasikan impiannya untuk kelihatan seperti seorang puteri pada hari perkahwinannya.
Menariknya, busana perkahwinannya adalah hasil daripada rekaan dan jahitan dia sendiri!
Ainaa Juliadi, gadis berusia 21 tahun ini memang mengimpikan untuk memakai busana ibarat Disney princess semenjak dari kecil lagi. Impiannya itu akhirnya terlaksana apabila dia telah memperagakan hasil ciptaannya pada majlis resepsinya, 2 Februari yang lalu.
Hasilnya memang cantik lagi menawan dan Ainaa sendiri kelihatan bak seorang puteri!
Image via Twitter @Manokine98
Image via Twitter @Manokine98
Image via Twitter @Manokine98
Menjadikan busana Princess Aurora dari kartun Sleeping Beauty sebagai inspirasi adalah kerana Ainaa sememangnya gemarkan warna merah jambu
Image via Twitter @Manokine98
Namun begitu, untuk menyiapkan ia bukanlah mudah. Bahkan Ainaa sendiri mengambil masa hampir tiga bulan untuk menyiapkannya!
"Saya nak siapkan dress ini lama juga. Gunting sahaja 2 minggu, jahit pun 2 minggu. Maybe 3 bulan jugalah sebab dalam masa yang sama kena jahit baju customer sekali," kata Ainaa yang merupakan seorang wedding planner.
Image via Facebook Ani Suraini
Image via Facebook Ani Suraini
Image via Facebook Ani Suraini
Menurut Ainaa, dia hanya mula belajar menjahit ketika usianya 18 tahun, itu pun kerana dipaksa ibunya!
"Saya belajar menjahit masa 18 tahun sebab kena paksa dengan mak. Tapi dah start jahit manik masa umur 16 tahun," kata Ainaa yang mengusahakan perniagaan sebagai perunding perkahwinan bersama ibunya iaitu Dnalia Enterprise.
Ainaa yang merupakan anak pertama daripada 4 beradik itu sangat rapat dengan ibunya, malah turut berkongsikan syarat yang dikenakan oleh ibu sebelum berkahwin
"Mak saya letak syarat, siapa nak keluar dengan anak dia, dia kena teman.
"So, kami (saya dan suami) memang tak pernah dating berdua sebelum ini. Pergi kursus kahwin sahaja berdua. Sebab itu rasa baik kahwin je lah, lagi senang," katanya.
Image via Twitter @Manokine98
Namun begitu, tidaklah bermakna bahawa Ainaa tidak mengenali siapa suaminya sebelum ini.
"Kami kenal semenjak di Tingkatan 3 lagi, tapi waktu itu hanya sebagai kawan baik. Bila umur 19 tahun baru masing-masing mengaku suka antara satu sama lain," ujarnya.
Alahai comelnya kisah Ainaa ini!
Selain busana Princess Aurora, Ainaa juga telah menjahit sendiri busana persis Queen Elsa dari kartun Frozen yang digayakannya untuk outdoor photoshoot!
Image via Instagram @dnaliawedding
Image via Instagram @dnaliawedding
Image via Instagram @dnaliawedding
Ainaa yang pada ketika ini sedang menjalani kursus bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkeinginan untuk mengadakan kelas menjahit kepada orang ramai.
Tahniah Ainaa dan suami. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!
Image via Instagram @ainaa.juliadi
Dulu main-main kahwin, sekarang betul-betul kahwin!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment