Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gembira Dapat Balik Awal, Cikgu Tak Sampai Hati Beritahu Ayah Mereka Meninggal Dunia

Allah, sebak rasanya.

Cover image via @cikguaincomey (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa adalah insan paling bermakna buat kita, tanpa mereka tidaklah kita berjaya seperti sekarang

Namun seiring dengan usia, mereka semakin lama semakin tua. Banyak perkara yang perlu dijaga. Sudah tentu rasa kehilangan seseorang yang kita sayang amat perit. Apatah lagi jika mereka meninggalkan kita ketika kita masih muda.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang guru meluahkan rasa kasihan terhadap anak muridnya yang telah mendapat perhatian ramai.

Image via @cikguaincomey (TikTok)

Tak sampai hati nak beritahu anak murid, ayah mereka sudah meninggal dunia

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan tiga beradik melambai gembira ke arah guru mereka selepas diberitahu dapat pulang ke rumah awal.

Namun, apa yang mereka tidak tahu sebenarnya mereka dapat pulang awal adalah kerana ayah mereka yang meninggal dunia.

Cikgu berkenaan juga tidak sampai hati memberitahu mereka perkara sebenar kerana berasa kasihan pada mereka.

"Cikgu pun tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar. Sehingga ada makcik murid ni yang datang ambil. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menagis. Ya allah kau berikan kekuatan buat anak murid Cikgu Ain, Azalea dan adik beradiknya," tulisnya.

Selepas tularnya video tersebut, ramai yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga tersebut. Dia juga berkongsi maklumat yang orang ramai boleh salurkan kepada ahli keluarga.

Image via @cikguaincomey (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Harap adik-adik ini kuat menerima kenyataan, tak dapat bayangkan perasaan mereka :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment