Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Geram Jiran Cari Pasal Suka Parking Depan Pagar Rumah, Lelaki Ini Buat 'Iklan' Jual Kereta

Itu makan dia.

Cover image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hidup berjiran seharusnya memerlukan sikap tolak ansur dan tidak pentingkan diri sendiri

Akan tetapi, kita sering saja mendengar masalah tentang parking betul tak? Tidak kiralah di kawasan flat, apartment mahupun teres, pasti ada individu yang tidak bertanggungjawab dan sesuka hati meletakkan kereta di depan rumah orang lain.

Sama seperti apa yang terjadi dalam video ini apabila seorang lelaki bengang dengan sikap jirannya yang parking kereta di depan pagar rumahnya telah menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak tahan dengan perangai jiran, suami buat iklan jual kereta terus

Menerusi perkongsian video daripada @queen_mekarsari88, kelihatan dia menunjukkan sebuah kereta yang diletakkan di depan pagar rumahnya dipercayai milik jiran mereka.

Disebabkan sudah banyak kali jirannya itu sesuka hati parking depan rumah mereka tanpa rasa bersalah, ia membuatkan si suami naik angin.

Gara-gara jiran mereka tidak serik, si suami akhirnya mengambil tindakan untuk meletakkan iklan jual kereta di atas kenderaan tersebut dengan harga murah.

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Kereta tak jadi jual, tuan tukar fikiran last minit

Selepas kejadian itu, barulah jiran mereka mengalihkan kenderaannya dan tidak lagi parking sesuka hati di kediaman orang lain.

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 528.6K tontonan, 17.7K tanda suka serta 689 perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut berpuas hati dengan cara suami wanita itu 'mengajar' jiran mereka. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mendapat jiran bersikap selfish seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Image via @queen_mekarsari88 (TikTok)

Kadang-kadang memang kena guna cara kasar untuk bagi pengajaran dekat orang yang tak ada common sense ni. Harap tak buat lagilah ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment