Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gigih Ikut Trend Video Di TikTok, Sampai Anak Pula Yang Confuse Tengok Mak Ayah. Comel!

Muka dia tu tak boleh bawa bincang.

Cover image via @azliena.aziz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak tahu dengan aplikasi terkenal iaitu TikTok. Ianya sudah menjadi satu fenomena buat masa ini.

Bukan saja dalam kalangan orang muda, tetapi golongan dewasa juga turut menggunakan aplikasi ini. Ia bukan saja sekadar hiburan tetapi pelbagai jenis content yang anda boleh lihat. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegilaan ramai orang sekarang. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan pelik melihat trend yang digayakan oleh ibu bapanya kerana content tersebut.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mak ayah ikut trend nak buat video TikTok, tapi anak pula buat muka pelik

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan berkenaan semasa itu sedang berada di dalam sebuah kereta untuk melakukan content video di TikTok yang sedang trending dengan gaya dan lagu.

Namun, selepas bertukar memakai selendang, muka anak mereka kelihatan sangat berbeza sambil memandang ke arah kiri dan kanan untuk melihat reaksi ibu bapanya. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang sedang terjadi.

Video itu ternyata mendapat tontonan ramai kerana reaksi kanak-kanak tersebut yang kelihatan pelik dan sangat comel.

Image via @azliena.aziz (TikTok)

"Muka dia confuse mana satu mak aku ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak tersebut.

Malah, ramai yang berpendapat muka kanak-kanak itu kelihatan sebegitu kerana confuse melihat mana satu mak dan ayahnya kerana dua-dua dilihat seperti sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 133.6K likes dan 5,845 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @azliena.aziz (TikTok)

Image via @azliena.aziz (TikTok)

Image via @azliena.aziz (TikTok)

Image via @azliena.aziz (TikTok)

Image via @azliena.aziz (TikTok)

Comel betul muka confuse anak dia tu. Rasa nak gigit je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment